in

Di Sebalik Tabir Seorang Patriot Kenang Wira Lahad Datu Sabah

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka tetap terpahat di hati seluruh rakyat Malaysia. Perjuangan mereka membela dan menyelamatkan tanah air dari dicerobohi, bakal mengimbas dan mengenang kembali peristiwa di Kampung Tanduo Lahad Datu Sabah.

Sebuah sejarah dan detik hitam di negeri Sabah terutama ahli keluarga yang terkorban ketika menjalankan tugas serta tanggungjawab demi menjaga kedaulatan dan keselamatan negara.

Justeru, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan rancangan “Di Sebalik Tabir Seorang Patriot” mulai 28 Julai ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.30 malam di TV1.

lakon semula dalam racangan ini

13 episod program ini mengenang kembali 13 orang pejuang termasuklah Allahyarham ASP Zulkifli Mamat, Koperal Azman Bin Ampong, Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud, Koperal Mohamed Qaiyum ‘Aikal Zulkifli, Koperal Mohd. Tarmizi Hashim, Allahyarham Acp Ibrahim Lebar, Mendiang Dsp Michael Ak Padel, Allahyarham Sm Bahrin Hamit, Allahyarham Sm Azis Sarikon, Allahyarham Kpl Mohd. Azrul Tukiran dan Allahyarham Sjn/S Salam Togiran.

Menerusi episod pengenalannya ikuti kisah Allahyarham ASP Zulkifli Mamat berasal dari Besut Terengganu, seorang pegawai unit Komando 69 PDRM terkorban semasa terlibat dalam operasi menangani kejadian pencerobohan bersenjata api di Lahat Datu, Sabah. Kisah kehidupan beliau bersama keluarga dari sudut pandangan ibu dan isteri tercinta. Peristiwa pertempuran yang mengorbankan beliau di Lahat Datu dari kacamata rakan seperjuangan.

Seterusnya tentang Koperal Azman Bin Ampong yang berasal daripada Tawau, Sabah menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia dan seterusnya berjaya menempatkan diri dalam unit elit Komando 69 pada tahun 2000. Dalam satu operasi di Kg. Tanduo, Lahat Datu, Sabah beliau telah mendapat kecederaan parah akibat ditembak di peha kanan dan bahagian belakang badan (pinggang).

Diikuti kisah Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud seorang anggota unit Komando 69 PDRM terkorban semasa terlibat dalam operasi menangani kejadian pencerobohan bersenjata api di Lahat Datu, Sabah. Kisah kehidupan beliau bersama keluarga dari sudut pandangan ibu dan isteri tercinta. Peristiwa pertempuran yang mengorbankan beliau di Lahat Datu dari kacamata rakan seperjuangan.

Menyusul perkongsian kisah Koperal Mohamed Qaiyum ‘Aikal Zulkifli, berasal daripada Batu Pahat, Johor adalah salah seorang antara anggota termuda dalam pasukan Komando 69 PDRM yang terlibat dalam gerakan menangani kejadian pencerobohan bersenjata di Lahat Datu, Sabah. Beliau mengalami kecederaan akibat ditembak di bahu kanan dan akhirnya mendirikan rumah tangga dengan jururawat yang ditugaskan menjaganya semasa terlantar di hospital.

Episod seterusnya memaparkan bagaimana Kpl. Mohd. Tarmizi Hashim, salah seorang anggota Komando 69 PDRM yang terlibat dalam operasi di Lahat Datu, Sabah mengalami kecederaan akibat ditembak di bahagian tangan dan kaki. Episod ini juga merangkumkan penglibatan anggota unit Komando 69 PDRM dalam operasi tersebut daripada kaca mata Komander unit ini iaitu SAC Dato’ Azizan Abd. Aziz.

Ikuti kisah Allahyarham ACP Ibrahim bin Lebar yang berasal Terengganu, seorang pegawai unit Cawangan Khas PDRM terkorban semasa terlibat dalam operasi menangani kejadian pencerobohan bersenjata api di Kg. Simunul, Semporna, Sabah. Kisah kehidupan beliau bersama keluarga dari sudut pandangan isteri, anak-anak dan adik-beradik tercinta.

Turut dipaparkan cerita Mendiang DSP Michael Ak Padel yang berasal Serian, Sarawak, seorang pegawai unit Cawangan Khas PDRM terkorban semasa terlibat dalam operasi menangani kejadian pencerobohan bersenjata api di Kg. Simunul, Semporna, Sabah. Kisah kehidupan beliau bersama keluarga dari sudut pandangan isteri, anak dan ibunya tercinta.

Kongsikan juga kisah kehidupan Allahyarham Sarjan Mejar Bahrin Hamit, seorang anggota unit Cawangan Khas PDRM yang terkorban semasa terlibat dalam operasi menangani kejadian pencerobohan bersenjata api di Kg. Simunul, Semporna, Sabah daripada sudut pandangan isteri, anak-anak dan rakan seperjuangan.

Allahyarham Sarjan Mejar Azis Sarikon, seorang anggota unit Pasukan Gerakan Am PDRM yang terkorban semasa terlibat dalam operasi menangani kejadian pencerobohan bersenjata api di Kg. Simunul, Semporna, Sabah daripada sudut pandangan isteri, dan anak-anaknya.

Kisah kehidupan Allahyarham Kpl. Mohd. Azrul Tukiran, seorang anggota unit Pasukan Gerakan Am PDRM yang terkorban semasa terlibat dalam operasi menangani kejadian pencerobohan bersenjata api di Kg. Simunul, Semporna, Sabah daripada sudut pandangan kedua ibubapa dan kakaknya.

Sebagai penutup kisah kehidupan Allahyarham Sarjan/S Salam Togiran, seorang anggota PDRM yang terkorban semasa terlibat dalam operasi menangani kejadian pencerobohan bersenjata api di Kg. Simunul, Semporna, Sabah daripada sudut pandangan isteri dan anak-anaknya.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

ketika temubual bersama ahli keluarga

Microsoft Word - Cover Page Proposal - Patriot

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Michelle Yeoh Berlakon Dalam STRIKE BACK Musim Finale

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem KAPSUL