Setelah melalui liku-liku, onak duri yang tajam dan cabaran yang memeritkan, akhirnya filem Qabil Khusry Qabil Igam berjaya membolosi halangan dan menemui penonton mulai 8 Februari ini. Ingatkah lagi, filem ini telah mencetuskan kontroversi angkara kekecohan media berikutan tajuk filem ini dikatakan mencedok atau menciplak daripada filem Bollywood, Kabhi Khushi Kabhi Gham.
Kemudian, tidak cukup dengan itu, Yusry KRU telah berundur dari barisan tunjang pelakon utama atas alasan bagi memberi fokus sepenuhnya kepada filem Cicakman yang memulakan pengambaran pada November 2005. Bertambah perit apabila filem ini menghadapi masalah kewangan setelah 2 minggu pengambaran dijalankan.
Maka, pada saya itulah asam garamnya. Tidak semua perkara yang kita buat akan melalui laluan senang dan cepat berjaya untuk sampai ke garisan penamat. Tidak semua!
Filem Qabil Khusry Qabil Igam merupakan sebuah filem terbitan Sonata Film dengan mengenengahkan sebuah karya daripada garapan Azlina Pa’Wan (Bukan Azlina Aziz ya!). Rasanya, siapa yang tidak kenal dengan Cik Azlina Pa’Wan. Namanya sudah sinonim dengan drama bersiri dan juga slot Samarinda di TV3.
Sekiranya anda penonton setia slot Samarinda sekitar tahun 2004, anda sudah pasti pernah menonton drama Samarinda berjudul SEPHIA. Selain drama ‘Miftahul Jamilah’, Cik Azlina juga gah dengan Anak Bapak 1 & 2 dan telemovie ‘Syurga Di Mana’ yang juga menjadi salah satu daripada 10 telemovie terbaik yang tercalon dalam Anugerah Skrin TV3 bagi tahun 2006
Apa tidaknya, drama-drama beliau menjadi berhantu dan digilai ramai sehingga pada ketika itu menampakkan satu fenomena baru dalam dunia drama bersiri di Malaysia. Garapan yang kreatif, padat dengan mesej pengajaran, berunsurkan kemasyarakatan, mengukuhkan nilai kekeluargaan dan menampilkan apa yang penonton ingin tonton… itulah resepi sebenar untuk menjadikan karya skrip menjadi lebih bermutu.
Untuk filem yang lebih bersifat komersial seperti Qabil Khusry Qabil Igam, saya kira Cik Azlina Pa’Wan menambah banyak perisa di dalam resipi beliau. Elemen muzikal hiburan, aspek emosi dan tragedi yang menyentuh jiwa penonton, gandingan pelakon yang bukan sahaja terkenal namun cukup berbakat dan Azlina tidak melupakan aspek ‘kejutan’ untuk melengkapkan penceritaan filem ini.
 OK, siapa pula Zaili Sulan? Saya pun tidak pernah dengar namanya sebelum ini. Memang namanya asing. Namun, untuk orang-orang iklan komersial, nama Zaili tidak begitu asing. Zaili adalah seorang pengarah iklan yang banyak menimba banyak pengalaman di Indonesia.
Persoalannya, mengapa ingin terjun dari iklan kepada filem… dan apakah kesannya bila orang iklan mengarah filem? Adakah ada pembaharuan? atau adakah ianya sama dengan pengarah kita yang sedia ada?
Persoalan itu akan terjawab sekiranya anda tonton sendiri bentuk dan kreativiti pengarah ini.
Sebelum saya menulis ulasan lanjut untuk filem terbaru lakonan penyanyi Ziana Zain dan Erra Fazira ini, saya kira jom kita berkenalan dulu dengan pelakon dan teraju filem ini.
Jaga kau, ada ubi ada batas… nanti aku cakap kat mak aku!
Salah satu babak yang paling melucukan. Tapi mengapa mahu mesti tiru Bollywood?
Penerbit:
Azlina Pa’Wan
Penerbit Ekskutif:
Hisham A. Karim
Pengarah / Lakon Layar / Sutradara:
Zaili Sulan
Penolong Pengarah:
Zaitun ‘Olive’ Kassim
Penulis Skrip dan cerita asal:
Azlina Pa’Wan
Pengarah Fotografi:
Indra Che Muda
Penyunting:
KRU Film
Kesan Khas:
Yusri Abd Halim
Muzik latar:
Mohram & KRU
Pengarah Seni:
MHZ Film
Tatarias & Busana:
Izzat Artistic
Penata Bunyi:
KRU Music
Pengurus Produksi:
Shariman Kamarulzaman
Pelakon Utama:
Hans Isaac Qabil Khushry
Rusdi Ramli Qabil Igam
Erra Fazira Karisma
Ziana Zain Rani
Pelakon Pembantu:
Dato’ Rahim Razali – Ismail
Fauziah Nawi – Tijah
Hisham Ahmad Tajuddin – Saat
Maimun Mutalib – Cik Som
Izi Yahya – Asrul
Pelakon Tambahan:
Maimunah Ahmad – Mak Long
Rosnah Mat Aris – Mak Bidan
Zami Ismail – Pak Long
Catriona Ross Bahrin – Doktor
Mariaty Hussin – Mak Andam
Ramli Salleh – Rahim
Zack Taipan – Perogol
Falyasum Muntaha – Hassan
Mohd Farid Haniff – Zack
Helmi Abu Zalim – Halim
Siti Fazira Umaira – Rosma
Raja Nurul Shanaz – Ani
Mazaitul Akmar – Piah
Hairil Irawan Rusli – Lan
Mohd.Firdaus Abd Firuz – Qabil Khushry Kecil
Khairul Fahmi Zuan Ali – Qabil Igam Kecil
Mohd.Danial Izuan – Baby Aliff
Filem ini turut dijayakan bersama para pelakun tambahan daripada:
Yusmanja Entertainment Casting Agency
Untuk info lanjut, sila lawati laman web rasmi:
SINOPSIS QABIL KHUSRY QABIL IGAM
Tayangan Di Pawagam:
8 Feb 2007
Klasifikasi: U
…kesakitan yang tidak tertanggung semasa bersalin bagaikan lenyap begitu sahaja bila melihat wajah anak yang dilahirkan….Bertambah bahagia bila zuriat tunggal yang dilahirkan rupa-rupanya kembar ….
…Sayang Ismail (Dato’Rahim Razali) dan Tijah (Fauziah Nawi) kepada kedua-dua kembar Qabil Khuhsry dan Qabil Igam bagaikan melimpah ruah… Itulah racun. Itulah penawar. Ditatang bagai minyak yang penuh semenjak tapak kaki sebesar ibu jari…Itulah cinta sejati seorang ayah, seorang ibu kepada anaknya….
….Sayang Qabil Khushry (Hans Isaac) terhadap adiknya Qabil Igam (Rusdi Ramli) bagai tersimpul semenjak mereka di dalam perut ibu mereka… Manjanya Qabil Igam (Rusdi Ramli) kepada abangnya Khushry pula bagaikan menyerahkan seluruh nyawanya di telapak tangan Khushry…Itulah cinta antara dua beradik kembar tidak seiras ini…
Rani (Ziana Zain) menyimpan hati kepada Khushry semenjak di bangku sekolah. Adiknya Karisma (Erra Fazira) pula memuja Igam meskipun pada awalnya Karisma tidak dapat menerima kenakalan Igam…Lalu cinta mengikat dua keluarga menjadi satu…
Sesungguhnya putaran hidup mereka sekeluarga di penuhi wangian cinta…Pun begitu kerana satu kesilapan, mereka sekeluarga bagaikan tersepit…Lalu pelbagai keputusan dan juga pengorbanan terpaksa dibuat…Harapan mereka Cuma satu, semoga cinta kembali bertaut mekar, tapi ianya membuatkan mereka semakin terjerut…Setiap langkah yang diatur bagaikan menyiramkan minyak ke istana yang cuba di bina…
Ismail dan Tijah amat mengasehi Igam. Dan kerana kaseh, mereka menelan setiap rasa pahit yang mendatang…
Karisma amat mencintai Igam, tetapi kenapa ada orang ketiga…?
Kedua-dua Qabil Khushry dan Qabil IGam tidak pernah meminta untuk dilahirkan bersama, tetapi mereka juga sama sekali tidak ingin dipisahkan… “Tuhan, jangan pisahkan kami…”
Nantikan ulasan Budiey untuk filem ini…
Artikel Berkaitan filem: