in ,

Di Sebalik Kekalutan Yang Berlaku, Sekali YDP Agong Keluar Ucapan Ini Kepada Ebit Lew

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bapa kepada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew pada 13 Julai lalu.

Ebit menerusi hantaran terbaharu di laman Facebook beliau berkata, beliau menerima surat titah takziah bertarikh 15 Julai itu ketika dirinya amat merindui kedua ibu bapanya yang telah tiada di dunia ini.

“Rasa bersyukur sangat. Menjunjung kasih Tuanku. Rasa bersyukur kerana Tuanku selalu memberi semangat dan doa selama ini. Bahagia dapat mesej kata semangat dan doa.

Daulat Tuanku. Semoga Allah angkat Covid-19 dari negara kita dan pulihkan keadaan negara kita insya-Allah,” tulisnya dalam hantaran yang baru dimuat naik sebentar tadi.

EBIT

Surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim itu menyatakan, Seri Paduka Baginda berdua serta seluruh warga Istana Negara dengan penuh rasa dukacita menghulurkan salam takziah kepada seluruh keluarga Ebit atas kehilangan bapa tercinta, Allahyarham Ibrahim Lew.

“Bersama-sama kita memohon ke hadrat Allah SWT agar dicucuri rahmat ke atas arwah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

“Istana Negara turut berdoa semoga ustaz dan seluruh ahli keluarga tenang dan tabah menghadapi dugaan yang berat ini,” tulisnya dalam surat berkenaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas Lima Bulan, Mark Adam Tinggalkan Hot FM

Farah Diana Bersyukur Sudah Tamat Kuarantin Setelah Ada Ahli Keluarga Positif Covid-19