in , ,

Fazura Jelaskan Gosip Tak Berasas Tentang Rumah Tangga Bersama Fattah

Sebagai peminat, marilah kita menghormati privasi mereka dan terus menyokong kerjaya Fazura dan Fattah di bidang seni.

Usahawan dan pelakon jelita, Nur Fazura, tampil menjernihkan keadaan berhubung dakwaan golak rumah tangga bersama aktor Fattah Amin yang tular baru-baru ini. Ketika ditemui media, Fazura menegaskan bahawa khabar angin tersebut sama sekali tidak berasas.

“Saya sendiri pun tak tahu dari mana datangnya cerita ini,”

“Ramai kawan mesej tanya sama ada hubungan saya dengan Fattah baik-baik sahaja atau tidak.”

– Fazura

Memahami kebimbangan peminat yang ternanti-nanti kemunculan mereka bersama, Fazura menjelaskan bahawa dia memiliki akaun Instagram lain yang bersifat privasi.

“Di akaun tersebut, sesiapa yang follow boleh melihat foto-foto kami bersama, termasuk perkembangan terkini kami dan anak. Kalau ada spekulasi macam itu, memang tak betul. Saya dengan Fattah okey,” tegasnya.

Fazura mengakui kesibukan dengan bisnes dan kerjaya masing-masing menjadi punca dia dan Fattah jarang bertemu.

“Kami memang sangat sibuk dan jarang jumpa. Fattah keluar pagi dan balik malam. Jadi, memang tak banyak masa nak tunjuk kemesraan di media sosial,” jelasnya.

Selain itu, Fazura juga mendedahkan bahawa dia sengaja membataskan perkongsian peribadi di media sosialnya sebagai tanda simpati terhadap tragedi yang menimpa rakyat Palestin di bawah rejim zionis.

“Secara jujur, saya memang terhadkan posting di media sosial. Saya terkesan melihat keadaan mereka di Palestin,” katanya.

“Jadi, saya rasa tak okey untuk tunjuk kemesraan bersama keluarga di media sosial. Saya tak nak tunjuk kebahagiaan bersama anak dan suami ketika ramai yang sedang menderita,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, dakwaan rumah tangga pasangan popular ini bergolak mula tular di media sosial selepas mereka dilihat jarang memuat naik foto bersama sejak beberapa bulan lalu. Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya yang kini berusia 3 tahun.

Penjelasan Fazura ini sedikit sebanyak meredakan spekulasi mengenai keretakan rumah tangganya bersama Fattah.Pasangan ini nyata masih kekal bahagia dan memilih untuk fokus kepada kehidupan peribadi mereka yang jauh dari sorotan kamera.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YUNA

Misi Yuna Sumbang Untuk Seni Tempatan Kini Jadi Juri Gimme The Mic Musim Ke-2

Peraduan Jom Menonton Filem HIJACK 1971 di Pawagam Mulai 1 Ogos Ini