in

DG Leoniel Juara Pertandingan R U Tough Enough

R U Tough Enough? KIX HD Tabalkan DG Leoniel Sebagai Insan Paling Gagah Malaysia 2015. KIX HD (Astro Ch. 729), destinasi utama hiburan aksi, mengumumkan hari ini juara R U Tough Enough? (RUTE), pencarian satu Malaysia untuk insan paling gagah. DG Leoniel berjaya mengalahkan sembilan lagi peserta di perlawanan akhir di Sunway Pyramid untuk gelaran Insan Paling Gagah Malaysia dan hadiah utama wang tunai RM30,000.

Maklum balas terhadap RUTE tahun ini sangat memberangsangkan. Bertemankan pelakon aksi Aaron Aziz sebagai duta, RUTE 2015 berjaya peroleh lebih daripada dua kali ganda permohonan berbanding tahun 2014. Hanya 10 finalis dengan kekuaran fizikal, mental dan emosi telah dipilih untuk menyertai perlawanan akhir.

Rintangan 6 peringkat yang bertempat di Blue Concourse, Sunway Pyramid, mencabar kemampuan para peserta. Kesemua 10 finalis bertopengkan wajah gagah dan mencuba sedaya upaya. Namun penghujungnya, hanya satu mampu bergelar juara.

Para pengunjung bersorak meriah apabila DG Leoniel diumumkan sebagai “Insan paling Gagah Malaysia”. DG Leoniel berkata, “Saya percaya kekuatan itu berasal dari dalam diri anda kerana anda adalah diri anda sebenarnya. Ia merangkumi penampilan fizikal, kekuatan dalaman dan kemampuan mental.”

Duta RUTE, Aaron Aziz berkongsi:

“Saya bangga libatkan diri dalam R U Tough Enough? tahun ini. Finalis kali ini sangat menarik, masing-masing miliki kisah unk mengenai erti kegagahan. Sejujurnya saya katakan saya sangat kagum dengan kekuatan dan kemampuan mental mereka di pertunjukan akhir dan dalam kehidupan harian!”

Bagi mereka yang tidak sempat tonton secara langsung, KIX HD bakal siarkan dua rancangan TV istimewa: The Road to R U Tough Enough pada 15 Julai jam 9 malam yang akan siarkan perjalanan peserta dalam R U Tough Enough?, serta R U Tough Enough 2015 – Malaysia pada 22 Julai jam 9 malam yang bakal siarkan apa yang berlaku pada perlawanan akhir.

Toyota merupakan penaja utama RUTE berserta Fisherman’s Friend, manakala Sunway Piramid merupakan penaja tempat. Penaja-penaja sokongan lain adalah Celebrity Fitness, Everlast and GNC.

Mengenai Celestial Tiger Entertainment

CELESTIAL TIGER ENTERTAINMENT (CTE) merupakan syarikat media pelbagai cabang yang komited memberi hiburan kepada para penonton di Asia dan luar Asia. Ia memberi tumpuan kepada operasi saluran TV berbayar, penghasilan kandungan program serta pengagihan program yang disasarkan kepada para pengguna di Asia.

Ia mengendalikan pelbagai saluran TV berbayar termasuk: CELESTIAL MOVIES (saluran filem Cina 24 jam yang mempunyai liputan yang paling luas di dunia), CELESTIAL CLASSIC MOVIES (saluran filem-filem Cina yang terhebat dalam sejarah), CELESTIAL MOVIES HD (saluran filem-filem Cina terbaru dalam HD), cHK (saluran sehenti hiburan Hong Kong oleh bintang-bintang Hong Kong yang paling terkemuka), KIX dan KIX HD (saluran aksi yang paling hebat dan popular di Asia) dan THRILL (satu-satunya saluran filem suspen dan seram di Asia).

Sebagai salah sebuah syarikat hiburan bersepadu yang paling terkemuka di Asia, CTE menghasilkan rancangan tulen yang bersesuaian dengan perniagaannya. CTE juga merupakan ejen jualan eksklusif bagi Lionsgate di China, Hong Kong, Macau dan Taiwan, serta mewakilinya di Japan dan Korea untuk mengendalikan rancangan TV.

Ibu pejabat CTE terletak di Hong Kong dan pemegang saham utamanya terdiri daripada Saban Capital Group (syarikat pelaburan swasta terkemuka yang mengkhusus dalam industri media, hiburan, dan komunikasi), Celestial Pictures (salah satu syarikat hiburan yang terbesar di Asia dan merupakan anak syarikat milik penuh Astro, serta pemilik dan pengendali platform DTH di Malaysia), dan Lionsgate (studio hiburan bebas yang terbesar di dunia).

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.celestialtiger.com.

Tentang Astro Malaysia Holdings Bhd

Astro Malaysia Holdings Bhd merupakan peneraju kumpulan media bersepadu di Malaysia dan Asia Tenggara yang beroperasi dengan 4 perniagaan utama; TV berbayar, Radio, Penerbitan dan Media Digital. Dengan pelanggan kediaman berjumlah 4.4 juta atau penembusan kita-kira 63% daripada televisyen kediaman di Malaysia, Astro menawarkan 184 saluran TV, termasuk 50 saluran HD, yang disediakan melalui satelit TV Direct-To-Home, IPTV dan OTT. Astro menyediakan perkhidmatan HD, 3D, PVR, VOD dan IPTV melalui Astro B.yond dan Astro On-The-Go. Memenuhi komitmen untuk merapatkan jurang digital untuk semua rakyat Malaysia, Astro memperkenalkan NJOI sebagai perkhidmatan TV satelit DTH permulaan dan merupakan TV satelit tanpa langganan pertama di negara ini, dengan 25 saluran TV dan 20 saluran radio.

Astro Radio yang meliputi stesen radio dengan rangkaian stesen dalam bahasa-bahasa utama merupakan stesen yang mencatatkan pendengar paling ramai, mencecah sekitar 12.9 juta pendengar setiap minggu di Malaysia dan boleh didengari melalui saluran terrestrial dan digital. Bahagian digitalnya merangkumi penerbitan digital, aplikasi dan platform serta penerbitan majalah hiburan dan gaya hidup tempatan.

Sebagai pilihan orang ramai, Astro telah menerima Anugerah Emas bagi kategori Media dan Hiburan di Putra Brand Awards Malaysia untuk 5 tahun berturut-turut dari tahun 2010 ke 2014, termasuk Anugerah ‘Brand of the Year’ pada tahun 2012 dan ‘Brand Icon’ pada tahun 2013.

Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dianjurkan oleh Astro telah menerima pengiktirafan dari Anugerah Perniagaan Antarabangsa (IBAs) untuk tahun ketiga berturut-turut.

Astro telah dinobatkan sebagai pemenang untuk Anugerah Perak Stevie® semasa IBAs 2014 dalam kategori Program Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik Tahunan (Asia, Australia dan New Zealand) untuk projek ‘Astro Kasih Hostel dan EkoVillage’. Pada tahun 2013 dan 2012, Astro telah menerima Anugerah Perak Stevie® untuk projek ‘Beautiful Malaysia: Longest Underwater Clean Up’ dan projek ‘Astro Kasih Hostel’.

Anugerah-anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha Astro yang melambangkan inovasi, kualiti serta tanggungjawab sosial korporat yang kukuh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Resepsi Pernikahan Azza AF1 & Ehsan

Rahsia Muslim di Xinjiang Jalani Ibadah Puasa Dalam MENCARI MUBARAK