Selain itu, orang ramai juga diseru untuk mengundi pilihan artis dan drama mereka di portal hiburan www.dfkl.com.my bermula 1 Februari yang lalu.
“Semenjak pengenalan DFKL pada tahun 2014, pertandingan drama pendek ini merupakan antara pertandingan yang disertai ramai. Pelbagai genre drama pendek yang berkualiti telah diterima sehingga kini, oleh itu kami menyeru kepada semua sutradara muda di luar sana untuk menunjukkan bakat mereka dalam menghasilkan drama-drama pendek ini sebelum 1 Mac 2019. Rebutlah peluang yang kami sediakan dan menangi hadiah wang tunai RM10,000 (juara), RM5,000 (Naib Juara), dan RM3,000 (tempat ketiga).”
– Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak
Bagi pertandingan drama pendek pula, terdapat beberapa garis panduan untuk rujukan para peserta pertandingan drama pendek ini.
- Pastikan tiada sebarang jenama yang bertentangan dengan jenama yang menaja pertandingan ini dipaparkan di dalam video.
- Muzik atau sebarang audio yang digunakan wajib berstatus bebas royalti.
- Dilarang sama sekali menggunakan unsur unsur lucah, politik, penghinaan terhadap agama dan bangsa, budaya yang boleh merosakkan nilai murni masyarakat, frasa lucah atau menjurus kepada bahasa kasar.
- Baca dan faham terma & syarat penuh penggunaan dan pertandingan drama pendek yang berikut.
Syarat Penyertaan:
“Selain itu, penglibatan orang awam dibuka lagi dengan mengalu-alukan mereka mengundi artis pilihan mereka dalam kategori Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Lagu Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan Drama Rantaian Bahasa Cina. Setiap individu boleh menurunkan undian mereka sebanyak 10 undian setiap hari kepada mana-mana pilihan mereka dimana undian-undian mereka akan menentukan pemenang pada malam anugerah DFKL bagi kategori yang dipertandingkan kelak.”
– Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak
- Tema : Realiti Dunia Media Sosial
- Jalan cerita harus mempunyai nilai pengajaran, kemasyarakatan dan tidak melanggar etika, sensitiviti agama dan budaya
- Durasi video: 3-5 minit
- Hantar video melalui laman sesawang www.dfkl.com.my
- Tarikh tutup penyertaan : 1 Mac 2019
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
DFKL 2019 mengangkat tema “#positifselalu” untuk menyerap budaya pemikiran dan perlakuan positif dalam kalangan penonton TV dan juga pengguna media sosial. Ikuti perkembangan terkini DFKL 2019 di laman media sosial Facebook, Instagram, Twitter @TV3Malaysia dan portal rasmi www.dfkl.com.my.
Gunakan tanda pagar #dfkl2019 dan #positifselalu untuk menyemarakkan lagi perbualan di laman media sosial anda.