in , ,

Dewan Filharmonik Petronas Lancar Konsert GENERASI DFP Untuk Tahun 2024

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan bangganya telah melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.

Selama lebih 25 tahun, DFP berdiri sebagai sebuah pusat seni dan budaya di Kuala Lumpur, dengan persembahan artis dan kumpulan unggulan pelbagai genre dan ekspresi artistik. Melalui inisiatif ini, DFP menyediakan platform untuk penyanyi, penggubah dan pemuzik baru untuk tampil ke depan dan mempamerkan bakat terpendam mereka.

Inisiatif yang dilancarkan pada Mac lepas telah menarik minat dari seluruh negara dan sebanyak 100 video ujibakat telah diterima dari artis/band berusia antara 18 hingga 30 tahun. Setelah melalui proses saringan oleh pihak juri DFP, seramai 15 artis/band telah disenarai pendek untuk membuat persembahan sulung di DFP. Mereka membawa pelbagai genre muzik yang bakal mencorakkan warna persembahan yang menarik di pentas DFP nanti. 

Senarai lengkap artis solo yang berjaya membolosi peringkat pemilihan ini ialah Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone, Ruebben Chelvan, Dekwa Cuwa, Amrita Soon, Khalyn Mulyani, Jo Lixian dan Mardiana manakala band yang terpilih ialah Meruked, LOKO, Saiko Rama, Cherry On Top dan Sounds Like Sunday. Mereka akan membuat persembahan dalam tiga siri konsert. 

Konsert pertama bakal berlangsung pada Rabu, 24 Julai 2024 jam 8.30 malam yang akan menampilkan Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone dan LOKO.

Kumpulan indie LOKO dianggotai empat ahli berbakat. Video muzik untuk single perdana mereka Pujaan Hati mencecah 1.6 juta tontonan di YouTube yang menjadi pemangkin untuk lahirnya album sulung mereka, Mata Kaca, pada tahun 2019. Lagu Gundah Gulana pula tersenarai dalam Anugerah Lagu Indie. 

Ee Vone Halfshot

Ee Vone ialah penyanyi dan penulis lagu berbakat yang mencipta karya dalam rentak R&B, pop dan soul. Beliau telah berjaya mengeluarkan 8 single sejak tahun 2022 selain membuat banyak persembahan di negeri kelahirannya Pulau Pinang.

Berusia 25 tahun, Syiqin Azln telah menghasilkan EP bertajuk Selamat Pulang yang telah menarik perhatian khalayak selain daripada membuat persembahan di RIUH, Kuala Lumpur. Lagu beliau Pelangi Kembali telah menjadi runut bunyi untuk sebuah drama. 

Fadzly halfshot
Fadzly halfshot

Jejaka berusia 27 tahun, Fadzly memperjuangkan genre irama tradisional dan mempunyai pengalaman yang luas menyertai pertandingan nyanyian di tanah kelahirannya Johor. Beliau juga pernah memenangi pertandingan ‘I Can See Your Voice’. 

Ariana halfshot
Ruhil Ariana Wilson

Ruhil Ariana Wilson mempunyai ijazah dalam permainan piano dan merupakan penerima anugerah cemerlang dari Cambridge International Examinations sebelum memulakan pengajian muzik melalui Berklee Online. Berusia 19 tahun, beliau telah membuat persembahan menyanyikan lagu-lagu nukilan beliau bersama keyboard kesayangannya.    

Ayuh bersama memberikan sokongan kepada bakat artis-artis muda mencipta momen-momen yang tidak dapat dilupakan di pentas DFP.

Konsert Generasi DFP seterusnya bakal berlangsung pada 25 September 2024 dan 20 November 2024. 

Generasi DFP ialah sebuah testimoni komitmen kami dalam melestarikan komuniti muzik yang rancak dan menjadi pentas untuk bakat seni artis-artis tanahair bersinar. DFP menjemput anak-anak muda dalam sebuah penerokaan seni dan keraian muzik yang indah. 

Maklumat Konsert 

Tarikh

Rabu, 24 Julai 2024 jam 8.30 malam

Tempat

Dewan Filharmonik PETRONAS

Menara Berkembar PETRONAS

Harga Tiket 

Premium: RM149, A Reserve: RM129, B Reserve: RM109, C Reserve: RM99

Suite: RM169/RM189 seorang

Waktu Operasi Box Office 

Selasa ke Sabtu: 10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam (pada malam persembahan)

Ahad: 12.00 tengahari hingga waktu persembahan
(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Am kecuali jika ada konsert berjadual)

Tempahan Telefon: 03-23317007 Tempahan Email: [email protected]


Laman Web DFP: www.dfp.com.my

Facebook & Instagram: @dewanfilharmonikpetronas

YouTube
: DFP Stage+, Spotify: DFP, TikTok: @dewanfilharmonikpetronas 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Cara Terbaik Untuk Penjual Fesyen Tempatan Merebut Peluang E-dagang

Insomniacks & Nabila Taqiyyah Bergabung Dalam Single BELUM MULAI