in , ,

Dewan Filharmonik Petronas Lancar GENERASI DFP Untuk Pamer Bakat Terpendam

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan bangganya mengumumkan sebuah inisiatif baru dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.

Selama lebih 25 tahun, DFP berdiri sebagai sebuah pusat seni dan budaya di Kuala Lumpur, dengan persembahan artis dan kumpulan unggulan pelbagai genre dan ekspresi artistik. Melalui Generasi DFP, tahun ini DFP menyediakan platform untuk penyanyi, penggubah dan pemuzik baru untuk tampil ke depan dan mempamerkan bakat terpendam mereka.

Dewan Filharmonik Petronas Lancar ‘GENERASI DFP’

Generasi DFP ialah sebuah testimoni komitmen kami dalam melestarikan komuniti muzik yang rancak dan bertindak sebagai pentas untuk bakat seni artis-artis tanahair bersinar. DFP menjemput anak-anak muda dalam sebuah penerokaan seni dan keraian muzik yang indah. 

Tarikh penghantaran video ujibakat bermula dari 22 Mac 2024 ke 5 April 2024. Video boleh dihantar melalui lawan sesawang DFP www.dfp.com.my. Kami mengalu-alukan artis berumur antara 18 ke 30 tahun dari pelbagai genre muzik, yang mempunyai lagu ciptaan sendiri dan tidak terikat mana-mana label. Bakat-bakat yang terpilih bakal membuat persembahan dalam beberapa konsert di DFP pada tahun ini. 

Ayuh bersama mencipta momen-momen yang tidak dapat dilupakan di pentas DFP.

Facebook & Instagram: @dewanfilharmonikpetronas
YouTube: DFP Stage+, Spotify: DFP, TikTok: @dewanfilharmonikpetronas 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alfaro Sumbang 1000 Pasang Baju Raya Bernilai RM150,000 Untuk Anak Yatim

Shuk Sahar Contohi Perubahan Aliff Aziz, Takut Kembali Macam Dulu