Dengan jayanya, iTalk Rocks Festival Muzik Pesta Malam Indonesia 3 ternyata lengkap sempurna dengan kedatangan kesemua band besar yang dijanjikan untuk menghiburkan penonton. Dari mula hingga tamat konsert selama 7 jam tanpa henti itu, sesungguhnya anda yang pergi hari tu sure berpuas hati. Rocks habis!Â
Happening sungguh! Yea, itulah komen seorang teman yang turut menemani Budiey ke Tempat Letak Kereta A, Stadium Bukit Jalil pada 20 Jun 2009 (Sabtu) lalu. Kemeriahan itu tidak akan direalisasikan kalau tidak dengan kerjasama iTalk, TM yang banyak menyokong penganjuran Pesta Malam Indonesia bagi 2 tahun berturut-turut. Bukan sesuatu yang mudah! Idea untuk menerbangkan band rock dari Indonesia ini juga takkan ada kalau tiada penganjur iaitu Fat Boys. Terima kasih buat kedua-duanya!
Happeningnya booth TM.
Seawal jam 10 pagi lagi, pengunjung dan peminat tidak melepaskan peluang untuk meluangkan masa menyertai carnival TM yang diadakan oleh TM. Pelbagai aktiviti menarik di adakan. Dan yang paling penting, peminat berpeluang bertemu Band-Band PMI3 dengan setiap langganan produk TM. Â
Â
Memang tidak syak lagi, peminat yang datang, sanggup menunggu kelima-lima Dewa 19, Gigi, Sheila on 7, Padi dan Andra & The Backbone untuk mengegarkan pentas. Bukan sahaja warga Indonesia yang bekerja dan menetap di negara kita, tapi tidak kurang juga peminat setia dari Malaysia.Â
   Â
Sebelum konsert bermula, Fara Fauzana dan Faizal FBI duta produk TM telah mengendalikan games yang turut disertai oleh peminat.
Jam 3 petang, konsert dihangatkan dengan kemunculan band AKU.Â
Band Padi pula kemudiannya mengambil alih pentas selama sejam dengan membawakan beberapa buah lagu seperti Sang Penghibur, Mahadewi, Begitu Indah / Sesuatu Yang Indah, Semua tak sama, Jangan datang Malam Ini, Kasih Tak Sampai, Harmony, Indonesia Pusaka, Terluka, Menanti Sebuah Jawaban dan Sobat.
  Â
Walaupun pertama kali buat show di konsert mega, persembahan Andra & The Backbone tidak mengecewakan dengan membawa lapan buah lagu dengan begitu bertenaga seperti Kepayang, Pujaan Hati, Musnah, Lagi Dan Lagi, Main Hati, Hitamku, Tak Ada Yang Bisa, Terdalam dan lagu hit mereka, Sempurna. Ternyata, peminat yang datang turut menyanyi bersama-sama.  Â
Menjelang senja, konsert berhenti rehat seketika dan memberi laluan kepada azan Maghrib. Selepas itu, band Sheila On 7 pula mengambil alih dengan lagu menyengat mereka. Sorakan mula bergema tatkala vokalisnya membawa lagu-lagu yang semestinya diminati ramai. Ternyata band ini masih lagi diminati.
Himpunan lagu baru dan lama didendangkan oleh vokalisnya, Duta.. Antara lagu-lagu yang disampaikan ialah Kita, Seberapa Pantas, Sahabat Sejati, Pemuja Rahsia, Itu Hatiku, Yang Terlewatkan Bila Kau Tak Disampingku, Mudah Saja, Berhenti Berharap, Melompat Lebih Tinggi dan Betapa.
Gigi yang dianggotai oleh Gusti Hendy (drum), Dewa Budjana (gitar), Thomas Ramdhan (bass) dan Armand Maulana (vokal) pula memulakan segmen mereka dengan lagu kebangsaan Indonesia, sebelum menggegarkan pentas dengan beberapa buah lagu seperti Sumpah Mati, Jomblo, Bisa Saja, Janji, Akhirnya, Andai, Pintu Sorga, Perdamaian, KYK, Ya. Ya. Ya, termasuklah lagu popular mereka, 11 Januari dan Nakal.Â
Apa yang harus dipuji, cara komunikasi vokalis Arman dengan penonton begitu akrab dan menjadikan mereka bersatu dalam lagu yang dibawa. Apatah lagi, apabila kedengaran hanya beberapa buah lagu sahaja yang popular di sini. Showmanship Gigi memang paling bertenaga sebab Arman ni memang lincah dan suka lompat-lompat atas pentas.Â
Band terakhir buat show pada malam tu ialah Dewa 19. Sebelum itu, penonton dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh band kanak-kanak yang dianggotai oleh tiga anak lelaki Ahmad Dhani dari Dewa 19, yang menggelarkan diri mereka The Lucky Laki. Memang cute sekali sekala tengok budak-budak main muzik sambil nyanyi.
Selepas The Lucky Laki, band Al, El, Dul menghangatkan lagi pentas dengan lagu Munajat Cinta dan Bukan Superman, Ramai penonton terpegun dengan kebolehan mereka menyanyi sambil bermain alat muzik seperti gitar dan dram. Â
Akhirnya, persembahan yang dinantikan oleh semua iaitu, Dewa 19. Penutup pentas malam tu memang gempak habis dengan impak yang dibawa oleh Dewa 19 membawakan lagu-lagu hit mereka seperti Pangeran Cinta, Pupus, Mati Aku Mati, Perempuan Paling Cantik Di Indonesia, Arjuna, Dewi, Sedang Ingin Bercinta dan Separuh Nafas.
Ternyata, PMI3 berakhir dengan jayanya. Khabarnya, 10 ribu peminat telah berjaya dikumpulkan. Syabas buat semua. Kita jumpa lagi di Pesta Malam Indonesia 4 tahun hadapan!