in ,

Percutian Merdeka: Hotels.com Syorkan Destinasi Menarik Bagi Pencinta Sejarah

Tahun 2018 dipenuhi dengan pelbagai peristiwa bersejarah bagi Malaysia. Sambil kita merayakan sambutan kemerdekaan ke-61, Hotels.com telah menyediakan senarai khas destinasi percutian Merdeka bagi mereka yang mahu mengunjungi daya tarikan dan tempat bersejarah untuk menyusuri asal-usul dan sejarah Malaysia.

“Tanggal 31 Ogos dan 16 September adalah dua tarikh penting dalam sejarah Malaysia, menandakan permulaan perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Tahun ini, kedua-dua hari cuti ini jatuh pada hujung minggu yang panjang, sekali gus memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyingkap sejarah silam negara di tempat-tempat seperti Taiping dan Kuching,” kata Jessica Chuang, Pengarah Serantau China Raya, Asia Tenggara & India bagi Hotels.com.

Kedah – disinilah segalanya bermula

Tapak Arkeologi Lembah Bujang seluas 224 km2 menempatkan lebih daripada lima puluh kuil zaman silam yang dinamakan candi, termasuk sebuah monumenn tanah liat yang dibina seawal 110 Masihi, menjadikannya struktur tertua di Asia Tenggara. Lembah Bujang terletak kira-kira 30 minit dari Sungai Petani, sebuah bandar pesat membangun yang berlatarkan Gunung Jerai.  Hotel terbesar di Sungai Petani, Park Avenue Hotel, dilengkapi kemudahan spa yang membolehkan tetamu beristirahat selepas penat seharian meneroka candi-candi di Lembah Bujang.

Ibu negeri Kedah Alor Star merupakan tempat kelahiran ramai pemimpin pasca Merdeka. Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan ke-7 Tun Dr. Mahathir dilahirkan di kota yang beridentiti tersendiri ini. Rumah Merdeka, vila dua tingkat yang menghadap Sungai Anak Bukit, adalah kediaman peribadi Tunku Abdul Rahman. Rumah yang siap dibina pada 1952 ini menempatkan barangan peribadi dan memorabilia Tunku. Pekan Rabu, yang terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Star masih menggamit pengunjung untuk membeli-belah di kedai-kedai songkok dan songket yang menarik di situ. Di pasar penuh bersejarah inilah, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuka gerai pisang pada zaman penjajahan Jepun. Terletak tidak jauh dari Pekan Rabu, Royale Signature Hotel menawarkan bilik-bilik moden yang disusun hias dengan sentuhan cita rasa tempatan – daripada lukisan floral menarik kepada kusyen bercorak songket.

Kekayaan dunia silam di Perak

Ipoh pernah menjadi pusat kegiatan bijih timah suatu ketika dahulu. Legasi kekayaan sector bijih timah masih boleh dilihat di kota lama Ipoh hari ini. Di situ, bangunan serba mewah peninggalan zaman kolonial masih berdiri teguh, seperti stesen keretapi yang bersenibina Neo-Moorish. Ipoh juga memiliki reputasi sebagai syurga makanan. Kopitiam-kopitiam di Ipoh turut mencuit hati dengan nama-nama ala Amerika yang menarik seperti Restoran New Hollywood dan Vegas. Banjaran Hotsprings Retreat, sebuah ekoresort yang terletak di luar pusat bandaraya Ipoh, menghamparkan suasana tenang berlatarkan bukit batu kapur yang mendamaikan dan hutan hujan tropika nan subur.

Bandar kedua terbesar di Perak, Taiping, juga kaya dengan nilai sejarah. Taiping ialah bandar yang memiliki banyak kemudahan yang pertama seumpanya di Malaysian, seperti zoo pertama, taman awam pertama (Taman Tasik Taiping) dan taman tulip pertama negara di Bukit Larut. Terletak berhampiran dengan Taman Tasik Taiping yang hijau dan menenangkan, Novotel Taiping bertaraf 4 bintang adalah pilihan yang ideal untuk mereka yang ingin meneroka daya tarikan bandar lama Taiping.

Negeri-Negeri Selat yang mengagumkan

Sebelum dijajah Portugis pada 1511, Melaka masyhur sebagai psuat perdagangan maritim terunggul di Asia Tenggara. Staus Melaka sebagai pusat perdagangan maritim telah mewujudkan suasana kosmopolitan yang berbilang kaum. Di zon UNESCO di Melaka, rumah Baba dan Nyonya serba indah berdiri megah bersebelahan masjid-masjid dan kuil-kuil Hindu. Tidak jauh dari pasar malam Jonker Walk yang popular, Majestic Malacca tersergam indah sebagai sebuah hotel butik 5-bintang yang menampilkan daya tarikan yang penuh nilai estetika bersejarah. Terletak di rumah agam zaman yang dibina seawal tahun 1920-an, lokasi hotel ini tidak jauh dari Dataran Pahlawan, tempat di mana Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan Malaysia pada 1956.

Mereka yang tertarik dengan pesona dunia lama pasti teruja untuk mengunjungi Pulau Pinang. Bangunan-bangunan di zon UNESCO Georgetown begitu kaya dengan nilai senibina zaman kolonial dan hotel-hotel yang masyhur seperti Eastern and Oriental (E&O) Hotel, pemenang anugerah  Ánugerah Kegemaran Tetamu ‘Paling Dikehendaki’. Hotel berusia lebih seabad ini pernah digelar “Hotel Terulung di Timur Suez”, dan menerima kunjungan tetamu terkenal seperti William Somerset Maugham dan Rudyard Kipling.

Menjejak warisan Rajah Sarawak

Kawasan bandar lama di Kuching di tepian Sungai Sarawak terdiri daripada barisan rumah kedai dua tingkat yang elegan, kopitiam yang menghidangkan mi kolok dan laksa Sarawak dan gerai-gerai menarik yang menjual tekstil berunsurkan tradisional dan kraf tangan buatan tempatan. Terletak hanya 10 minit dari pusat bandaraya Kuching, Kampung Budaya Sarawak menggamit pengunjung yang ingin menghayati kepelbagaian budaya di negeri Sarawak. Terletak berhampiran dengan tebingan Sungai Sarawak, Ranee Boutique Hotel menawarkan kemudahan moden dan suasana yang ranggi dengan sentuhan era lama.

Sejarah Merdeka di ibu kota

Warisan zaman pra-Merdeka Tanah Melayu masih boleh diterokai di sebalik arus kemodenan di Kuala Lumpur. Majestic Hotel Kuala Lumpur, yang terletak berhampiran Dataran Merdeka, lokasi penuh bersejarah yang menyaksikan bendera Union Jack diturunkan buat kali terakhir 61 tahun lepas, menyimpan warisan sejarah yang tersendiri, dengan lobi hotel yang anggun dan glamor serta bilik jamuan teh dalam Rumah Orkid yang begitu indah.

Federal Hotel, yang digelar ‘Hotel Merdeka’, melambangkan kemakmuran dan kesejahteraan tahun-tahun awal selepas Merdeka. Dibina atas penyeliaan Tunku Abdul Rahman, hotel ini dibuka untuk tetamu tiga hari sebelum sambutan Merdeka pada 1957. Dengan daya tarikan seperti restoran berputar pertama Malaysia, Federal Hotel menjadi tumpuan golongan ternama dan sosialit di Kuala Lumpur pada waktu itu. Walaupun kerja pengubahsuaian telah memberikan hotel ini wajah lebih moden, sebahagian besar daripada daya tarikan zaman Merdeka hotel masih kekal sehingga kini.

“Pada sambutan Merdeka kali ini, Hotels.com komited untuk memberikan nilai terbaik kepada rakyat Malaysia sambil mereka merancang percutian mereka di dalam negara. Dengan lebih 25 juta ulasan tetamu Hotels.com, rakyat Malaysia boleh mengunjungi laman web kami untuk mendapatkan penginapan yang memenuhi keperluan dan bajet mereka ke mana sahaja mereka pergi. Baik penerokaan Lembah Bujang mahupun kemeriahan beli-belah di Jonker’s Walk, Hotels.com bukan sahaja mengambil kira keperluan mereka – tetapi juga menjanjikan lebih lagi!” kata Jessica.

*Untuk memenangi anugerah Paling Dikehendaki, hotel mesti mendapat markah penilaian pelanggan purata 9.4 atau lebih tinggi, berasaskan sekurang-kurangnya 50 ulasan, yang dibuat dari Disember 2016 – November 2017.

Senarai penginapan yang disyorkan Hotels.com selepas Raya

Hotel Bandar Raya
Federal Hotel Kuala Lumpur
The Majestic Hotel Kuala Lumpur
Ranee Boutique Hotel Kuching
Eastern and Oriental Hotel Penang
Majestic Malacca Melaka
Novotel Taiping Taiping
Banjaran Hotsprings Retreat Ipoh
Park Avenue Hotel Sungai Petani
Royale Signature Hotel Alor Star

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vino G. Bastian Menitis Airmata Selepas Menonton Filem WIRO SABLENG

Lagu AMALINA Nyanyian Santesh Trending di Youtube Malaysia