Menerusi program diberi tajuk “Design Capital” yang sedang bersiaran setiap Ahad, pukul 1.30 petang menerusi saluran TV Okey (Astro 109), Sasha Saidin turut menimba pengalaman menarik dan berharga sepanjang penggambaran di bumi Afrika Selatan yang sangat unik serta berbeza.
13 episod program berbahasa Inggeris ini di mana dalam setiap episod fokus diberikan kepada sebuah firma perundingan senibina yang teriktiraf dan masyhur di negara Afrika Selatan. Dalam satu-satu episod, pengacara program akan bermula dengan memperkenalkan firma perundingan senibina terpilih itu dari pejabat Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) di Kuala Lumpur.
Hos akan berkunjung ke pejabat firma perundingan senibina berkenaan di Afrika Selatan dan berbicara dengan pengasas-pengasasnya. Tinjauan akan dibuat terhadap pelbagai reka bentuk unik, falsafah senibina, rahsia kejayaan, dan projek-projek terkenalnya.
Perkongsian menarik dalam episod yang memberi fokus terhadap firma perundingan senibina, Van der Merwe Miszewski Architects (VDMMA) yang berpejabat di 161, Longmarket Street, Cape Town, Afrika Selatan. Fokus kepada reka bentuk unik, falsafah senibina, rahsia kejayaan, dan projek-projek terkenalnya. Ia diakhiri dengan mengulas mengenai keistimewaan firma perundingan senibina berkenaan.
Selepas memperkenalkan peranan senibina dan arkitek, program ini menyambung fokus terhadap firma perundingan senibina, Gabriel Fagan Architects yang berpejabat di 156 Bree Street, Cape Town, Afrika Selatan. Hos berkunjung ke pejabat firma perundingan senibina berkenaan dan berbicara dengan pengasasnya iaitu, Gabriel (Gawie) dan isteri beliau Dr. Gwen.
Tahukah anda Cape Town pernah digelar sebagai ‘World Design Capital’ pada tahun 2014? Sasha membawa tumpuan penonton kepada firma perundingan senibina, StudioMas Architecture & Urban Design yang berpejabat di 5 Constitution Street, East City Precinct, Cape Town, Afrika Selatan. Sasha berpeluang berkunjung ke pejabat firma perundingan senibina berkenaan dan berbicara dengan pengasas serta beberapa orang stafnya.
Sementara itu kenali dengan lebih dekat lagi firma perundingan senibina, Peter Rich Architects yang berpejabat di 9 Escombe Ave, Parktown, Johannesburg, Afrika Selatan. Kesempatan digunakan menemubual pengasasnya iaitu Peter Rich dan isteri serta beberapa orang yang menghargai kefungsian senibinanya.
Masih di Cape Town, ikuti temubual bertempat di firma perundingan senibina, Makeka Design Lab yang berpejabat di 404 Colosseum, 3 St Georges Mall, Cape Town, Afrika Selatan. Pengasasnya, Mokena Makeka serta beberapa staf firma arkitek itu membawa anda meninjau pelbagai reka bentuk unik, falsafah senibina, rahsia kejayaan, dan projek-projek pernah dijayakan.
Dalam program sama juga berkenalan dengan pengasas firma perundingan senibina, MMA Design Studio yang berpejabat di 8 Arnold Rd, Rosebank, Johannesburg, Afrika Selatan iaitu Mphetti Marojele.
Beberapa lagi firma senibina yang dikunjungi di sana iaitu Noero Architects di 6 Pepper Street, Richlabs Architecture di 3rd Avenue, Melville, Wolff Architects di 136 Buitengracht Street, Tsai Design Studio di 8 Kloof Street Gardens, Muhammad Mayet Architects & Urban Designers di 65 Houghton Dr, Metropolis Design di 8 Kloof Street Gardens, dan Earthworld Architects di 177 Umkomaas Rd, Ashlea Gardens.