Sekiranya anda ingin menyerlahkan kulit anda, gunakanlah rangkaian produk Dermalogica® yang memberi tumpuan khas kepada kesihatan kulit. Jenama penjagaan kulit profesional No. 1 mendedahkan 10 produk terlaris globalnya hari ini, yang sering dicari-cari oleh pengguna di serata dunia termasuk selebriti dan mekap artis di Hollywood!
Inilah produk terlaris yang akan memberi motivasi kepada mereka di Malaysia untuk menyertai kempen “Get Naked with Dermalogica®”, yang diadakan buat kali kedua sempena mendapat sambutan hebat tahun lalu.
Dalam ucapannya sewaktu pelancaran, Roderick Chieng, Ketua Pegawai Eksekutif EIG Bhd, pengedar dan pemasar produk Dermalogica® di Malaysia, Asia Tenggara dan Hong Kong memberitahu para jemputan dan media bahawa senarai 10 produk terlaris ini telah dipilih dengan teliti berdasarkan volum jualan global dan populariti mengikut kategori. Mereka nyata menjadi produk kegemaran di kalangan pengguna di seluruh dunia dan di Malaysia, termasuk selebriti dan mekap artis Hollywood – beberapa produk tersebut umpama lagenda, diperkembangkan oleh Dermalogica pada awalnya dan memperoleh populariti yang hebat mengikuti masa.
[pullquote align=”right”]Dermalogica® Menampilkan 10 Produk Terlaris. Menyerlahkan kulit dengan produk berkesan & fokus kepada kesihatan kulit bersama Dermalogica®[/pullquote]
Apa sebabnya Dermalogica® begitu popular? Mudah sahaja – pengguna mendapat hasil yang hebat tanpa menggunakan bahan yang kasar atau menyebabkan kerengsaan. Semua produk Dermalogica® tidak mengandungi pemeka seperti lanolin, alkohol SD, minyak mineral, warna dan wangian tiruan. Produk-produk ini selamat tanpa formaldehid dan bahan komedogenik dan disarankan kepada pengguna selepas analisa kulit “Face Mapping®” yang menentukan keadaan 14 zon muka – dilakukan oleh ahli terapi kulit terlatih.
Sepuluh produk terlaris adalah: Special Cleansing Gel, Daily Microfoliant®, UltraCalming™ Cleanser, Skin Smoothing Cream, Skin Hydrating Masque, Antioxidant Hydramist, Multi-Active Toner, Skin Hydrating Booster, SkinPerfect Primer dan MultiVitamin Power Serum, yang diperkenalkan baru-baru ini.
Tambah Chieng, “Boleh dikatakan senarai ini satu penghormatan atas apa yang diperjuangkan oleh Dermalogica® selama ini – produk penjagaan kulit mestilah mudah, berkesan dan fokus. Produk-produk hebat ini juga menjadi sebab utama pelanggan kami di Malaysia menyahut cabaran ‘Get Naked with Dermalogica®’. Ianya menarik mereka kepada produk untuk kesihatan kulit yang hebat tanpa sebarang bahan tambahan yang tidak diperlukan”.
Dilancarkan pada Mei 2012, kempen ‘Get Naked’ yang pertama merupakan satu kejayaan. Buat pertama kalinya, jenama penjagaan kulit meminta pengguna Malaysia mendedahkan kulit sihat yang hebat. Menanggalkan semua mekap dan kekotoran adalah langkah pertama ke arah mendapatkan kulit halus, sihat dan berseri dari dalam.
“Kami mahu rakyat Malaysia bangga menyerlahkan kulit mereka dan kami mencabar mereka untuk menampilkan masalah kulit kepada kami supaya kepakaran Dermalogica® boleh digunakan untuk membantu mendapatkan kulit hebat yang sihat,” kata Chieng tentang kempen tahun lalu.
Tahun ini, kempen ‘Get Naked’ bermula dengan perlumbaan yang diketuai oleh tujuh orang rakan selebriti Dermalogica® yang tampil cantik dengan wajah tanpa solekan, untuk mencari 12 ‘Wajah Sihat’ di negara ini. Steve Yap, Joanne Yew dan Thanuja Ananthan mengulangi peranan mereka sebagai wajah selebriti yang sihat, manakala penyanyi/penulis lagu, Atilia Haron; pemenang Akademi Fantasia ke-5, Mila Jirin; hos TV/DJ radio, Jentzen Lim dan pemenang tempat ke-3 Miss Astro International 2009, Jane Tan menyertai keluarga ‘Get Naked’ tahun ini, Dua belas pemenang yang akan diumumkan pada akhir tahun ini akan membawa pulang produk Dermalogica® bernilai RM5,000 setiap seorang, menjadi wajah kalendar Dermalogica® 2014 dan berpeluang ditampilkan dalam majalah kecantikan utama Malaysia.
“Seperti yang selalu dikatakan ‘less is more’, terutamanya jika berkaitan dengan apa yang digunakan pada muka anda. Apabila kulit anda sihat, ia berseri dengan semula jadi. Dengan adanya rakan selebriti kami, diharapkan mereka dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyertai membuat ikrar ‘Get Naked’ dan memperoleh kulit sihat dan hebat dengan Dermalogica®,” kata Chieng.
Rakan-rakan selebriti Dermalogica® juga mendedahkan produk kegemaran mereka.
“Saya suka produk yang senang digunakan dan tidak rumit. Produk kegemaran saya ialah Special Cleansing Gel, yang membuat kulit saya rasa bersih tetapi tidak kering atau rasa ketat. Untuk perlindungan tambahan, saya menggunakan Antioxidant Hydramist, toner yang menyegarkan kulit saya!” – Steve Yap
“Lelaki juga sensitif! Kulit saya kadang-kala jadi sensitif apabila saya keluar masuk studio radio ke set penggambaran TV di luar. Pilihan saya ialah Ultra Calming Cleanser yang membersih dan melegakan kulit saya serta-merta.” – Jentzen Lim
“Buat masa ini, saya amat bimbang dengan isu pendehidratan, oleh itu saya memilih Skin Smoothing Cream. Saya menggunakannya setiap selepas mencuci muka, setelah menggunakan toner. Saya suka ia tiada bau yang kuat.” – Jane Tan
“Sekiranya saya tidak melakukan kerja-kerja sukarela di pusat perlindungan haiwan, saya banyak bersolek untuk sesi bergambar. Keadaan cuaca yang mencabar sepanjang hari boleh menjadikan kulit saya kering, oleh itu saya banyak bergantung kepada Skin Hydrating Masque. Saya hanya menggunakannya dua kali seminggu selama sepuluh minit setiap kali. Walaupun dengan waktu tidur yang terhad, kulit nampak seperti saya mendapat tidur yang mencukupi dan kulit tampil lembap!” – Thanuja Ananthan
“Saya menggunakan Skin Hydrating Booster sewaktu berkerja di luar negara tahun lepas dan kulit saya kekal normal dan selesa semasa dalam kereta dan kapal terbang yang sejuk, kering dan berhawa dingin sentiasa. Kini, saya gunakannya bila-bila masa sahaja untuk melembapkan kulit saya. Sememangnya kegemaran saya.” – Mila Jirin
“Saya suka kulit terasa lembut licin selepas menggunakan SkinPerfect Primer! Saya rasa penting mencegah tanda-tanda penuaan sebelum tanda-tanda itu timbul, dan produk ini menggabungkan pelindung matahari, primer dan bahan anti-penuaan dalam satu tiub. Saya bawanya ke mana-mana sahaja saya pergi.” – Atilia Haron
“Saya suka akan MultiVitamin Power Serum kerana saya suka akan kulit yang cerah dan muda – saya tahu yang ia membantu mencerahkan kulit, memberikan keanjalan pada kulit saya dan saya boleh kekal tampil hebat sentiasa! – Joanne Yew
Berkenaan Dermalogica®:
Dermalogica® percaya kepada konsep bahawa penjagaan kulit bukan sekadar kecantikan, memanjakan diri dan kemewahan, tetapi kesihatan kulit. Jenama ini diasaskan oleh Jane Wurwand pada tahun 1986, dengan tujuan menampung kekurangan produk yang memberikan hasil dalam pasaran Amerika Syarikat.
Dikaji dan diperkembangkan oleh The International Dermal Institute, Dermalogica® mengejutkan pasaran apabila tidak menggunakan warna tiruan, wangian sintetik, S.D. alkohol, lanolin atau minyak mineral – yang semuanya sering digunakan oleh banyak jenama kosmetik dan penjagaan kulit untuk mengurangkan kos, walaupun bahan-bahan tersebut diketahui menimbulkan masalah kulit. Pendirian dan visi jenama ini melahirkan sekumpulan pengikut yang besar di kalangan ahli-ahli terapi kulit professional dan pengguna.
Hari ini, Dermalogica® berkembang menjadi jenama #1 dalam rangkaian terapi professional di seluruh dunia. Rawatan-rawatan dan produk-produk jenama ini boleh didapati di lebih 40,000 outlet. Ia digunakan oleh lebih 75,000 ahli-ahli terapi kulit professional di seluruh dunia.
Dermalogica® produk kini dijual di lebih 80 buah negara di pusat-pusat rawatan kulit terpilih atas cadangan ahli terapi kulit profesional yang berkelayakan. Dermalogica® dibuat di Amerika Syarikat dengan operasi globalnya yang berpangkalan di Carson, yang terletak di selatan Los Angeles. Untuk maklumat lanjut berkenaan Dermalogica®, layari www.dermalogica.com.my
Mengenai Esthetics International Group (EIG):
Esthetics International Group (EIG) Berhad ialah sebuah syarikat ulung dengan lebih 29 tahun pengalaman dalam penjagaan kulit, kesihatan, kosmetik serta industri kesejahteraan dan kecantikan.
EIG ialah pengedar eksklusif produk Dermalogica® di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Indonesia, dan Brunei, serta pembekal produk Dermalogica® ke Vietnam dan Kemboja. EIG juga terlibat dalam pengurusan dan operasi rangkaian lebih daripada 73 buah pusat rawatan penjagaan kulit profesional AsterSpring dan Dermalogica® Consultation Pods dan membekal kepada lebih 1,000 pengedar sah Dermalogica® di rantau ini.