in

Dermalogica Lancar Kempen Terbaru Dermalogica Get Naked

Kulit Sihat Tidak Perlu Lagi Disembunyikan
Kulit yang menawan kini dapat diserlahkan dengan kempen
Get Naked bersama Dermalogica®

Anda tidak perlu terasa segan apabila tidak memakai apa-apa. Kempen terbaru Dermalogica®, “Get Naked” mengajak anda untuk meraikan keaslian kulit dengan membuang atau membersihkan lapisan solekan yang tebal dan segala kekotoran pada muka.

Dengan slogan “Kulit sihat tidak perlu disembunyikan”, kempen ini merupakan lanjutan daripada penekanan Dermalogica® dalam membolehkan kesihatan kulit yang sebenar diserlahkan.

Dermalogica Lancar Kempen Terbaru Dermalogica Get Naked

“Dengan mencabar para pengguna untuk tidak bersolek, matlamat Dermalogica® adalah untuk menjadikan mereka tidak terlalu bergantung kepada kecantikan luaran yang diperoleh melalui produk kosmetik, dan sebaliknya menyerlahkan keyakinan melalui kulit yang cantik tanpa solekan,” jelas Roderick Chieng, Ketua Pegawai Eksekutif bagi EIG Bhd, yang mengedarkan dan memasarkan produk Dermalogica® di Malaysia, Asia Tenggara, Hong Kong dan China Selatan dalam ucapannya pada pelancaran kempen tersebut baru-baru ini.

Komitmen Dermalogica® dalam mencapai kesihatan kulit melalui pendidikan, bimbingan profesional dan inovasi merupakan penggerak utama kempen ini. Mulai 1 Julai, sebuah trak bergerak dengan Dermalogica®’s Skin Bar bakal menjelajah ke seluruh negara. Trak in digelar “Naked Wheels”. Rakyat Malaysia kini dapat ke Skin Bar bergerak itu untuk satu sesi percuma analisis kulit Face Mapping® untuk benar-benar memahami keperluan unik kulit mereka, dan mengetahui produk Dermalogica® yang diperlukan oleh kulit mereka agar menawan tanpa solekan.

Sesi yang dijalankan oleh pakar kulit Dermalogica®, analisis kulit Face Mapping® menjadikan rawatan kulit lebih tepat. Analisis tersebut dimulakan dengan membahagikan muka kepada 14 zon kulit untuk mengenal pasti bahagian kulit yang perlu dirawat. Pakar kulit profesional kemudiannya akan menyarankan penyelesaian yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Selain daripada analisis Face Mapping®, rawatan microZone® Dermalogica® juga tertumpu kepada keadaan-keadaan kulit yang tertentu. Rawatan yang tertumpu ini bertindak tepat ke satu kawasan muka bagi merawat isu, atau ke seluruh bahagian muka bagi pengelupasan yang cepat, lantas menyelesaikan masalah kulit dengan pantas.

“Memandangkan setiap individu mempunyai keperluan kulit yang berbeza, kami menjemput semua untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma dari pakar yang berpengalaman dari Dermalogica® di Naked Wheels Skin Bar kami bagi mendapatkan penyelesaian khas buat diri anda yang tertumpu kepada masalah kulit yang spesifik,” kata Chieng.

Mereka yang melawat Naked Wheels atau mana-mana pusat Dermalogica® sepanjang kempen ini juga boleh membelek atau mencuba produk Dermalogica yang berprestasi tinggi, yang dihasilkan mengikut syarat yang ketat, berdasarkan “7-No”, tanpa warna tiruan, tanpa wangian sintetik, tanpa alkohol SD, tanpa lanolin, tanpa mineral, tanpa formaldehid, dan tanpa ramuan bukan komedogenik (yang menyumbat pori).

Selebriti dan pelakon tempatan Farah Nabilah menjelaskan keberkesanan produk Dermalogica®. Menyedari keadaan kulitnya yang sensitif, pelakon muda ini begitu percaya akan keberkesanan jenama ini dalam mengekalkan kesihatan kulitnya sepanjang syif pekerjaan yang panjang serta kehidupan yang sibuk.

“Saya dapati bahawa rangkaian produk UltraCalming Dermalogica® begitu sesuai dengan kulit saya yang sensitif, kerana saya dapat merasakan ia memberikan kelegaan yang serta-merta apabila menggunakannya,” tambahnya lagi.

Pelakon Steve Yap mengaku bahawa dia kadangkala begitu malas apabila menyentuh isu rutin penjagaan kulit, namun mengekalkan kulit yang sihat masih penting buatnya kerana sering tampil di kaca televisyen.

“Dermalogica® menawarkan penjagaan asas yang terbaik bagi kulit untuk lelaki seperti saya yang tidak menginginkan rutin penjagaan kulit yang rumit. Rutin mudah setiap hari dengan rangkaian Dermalogica®’s Grey membantu saya mendapatkan kulit yang sihat, agar tidak memerlukan terlalu banyak solekan untuk menutup cela,” kata Steve tersenyum.

Selebriti Joanne Yew, pula begitu menekankan kepentingan mengekalkan kulitnya yang bak porselin dengan rutin yang lengkap.

“Saya memilih produk penjagaan mata Dermalogica® untuk mengelakkan lingkaran hitam di bawah mata. Saya juga menggemari rangkaian perlindungan matahari jenama ini, memandangkan ia membolehkan saya menikmati aktiviti luar tanpa perlu risau akan kulit saya bakal terjejas,” kongsi Joanne.

Ratu cantik dan pencinta haiwan Thanuja Ananthan lebih menitikberatkan penggunaan asas yang betul – dia percaya bahawa pembersih muka yang berkesan dapat membawa perubahan yang besar dalam kesihatan kulit.

“Saya suka pekerjaan saya, namun jadual ketat bagi penggambaran dan menghoskan acara mewajibkan saya memakai solekan sepanjang hari. Dengan itu, saya bergantung pada Essential Cleansing Solution Dermalogica® untuk menghilangkan kotoran dan bahan kimia pada kulit saya dengan berkesan setiap malam, agar saya dapat menikmati kerjaya saya, sambil mengekalkan kulit yang cantik,” kata Thanuja.

Sertai gerakan Dermalogica®’s “Get Naked” bagi kesihatan kulit secara keseluruhan yang tidak perlu solekan! Layari laman www.facebook.com/dermalogica.malaysia untuk jadual lawatan Naked Wheels ke kawasan berhampiran anda untuk mendapatkan bimbingan penjagaan kulit khas untuk anda.

Dermalogica Lancar Kempen Terbaru Dermalogica Get Naked

Jenama Dermalogica®:
Dermalogica® diasaskan dengan kepercayaan bahawa penjagaan kulit yang baik adalah bukan semata-mata tentang kecantikan, kemewahan mahupun memanjakan kulit, tetapi kesihatan kulit yang baik. Kisahnya bermula pada tahun 1986, apabila pengasasnya Jane Wurwand, membuat keputusan untuk melakukan sesuatu berkenaan tiadanya produk yang menjanjikan hasil dan keberkesanan dalam pasaran Amerika Syarikat.

Dikaji dan dikembangkan oleh The International Dermal Institute, Dermalogica® mengejutkan pasaran dengan tidak menggunakan pewarna tiruan, wangian sintetik, alkohol S.D., lanolin atau minyak mineral – kesemuanya merupakan ramuan yang sering digunakan industri penjagaan kulit kerana kosnya yang rendah, walaupun dikaitkan dengan pelbagai masalah kulit yang telah pun diketahui. Visi dan peranan jenama ini telah menarik minat pakar terapi kulit profesional serta pengguna.

Kini, Dermalogica® berkembang menjadi perniagaan penjagaan kulit bernilai lebih daripada 100 juta USD (dalam jualan profesional) dan rangkaian terapi kulit profesional #1 di dunia. Produk jenama ini serta rawatan profesional boleh didapati di 29,000 tempat (6,500 di Amerika Syarikat dan 22,500 di seluruh dunia). Digunakan oleh lebih daripada 75,000 pakar terapi kulit profesional di seluruh dunia.

Produk-produk Dermalogica® kini dijual di lebih dari 80 buah negara di pusat-pusat rawatan kulit berdasarkan saranan pakar terapi kulit profesional yang bertauliah. Dermalogica® dibuat di Amerika Syarikat, dengan operasi globalnya yang berpusat di Carson, selatan Los Angeles. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Dermalogica® sila layari www.dermalogica.com.my

Esthetics International Group (EIG):
Esthetics International Group Berhad (EIG) merupakan syarikat yang diiktiraf dengan pengalaman lebih daripada 28 tahun dalam penjagaan kulit, kesihatan, kosmetik serta industri kecantikan dan kesihatan.

EIG merupakan pengedar eksklusif produk Dermalogica® di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Indonesia, Brunei dan China Selatan, serta merupakan pembekal produk Dermalogica® ke Vietnam dan Kemboja. EIG juga terlibat dalam pengurusan dan pengendalian lebih daripada 60 rangkaian pusat rawatan dan penjagaan kulit profesional (AsterSpring dan Leonard Drake Skin Care & Health Spa), 14 Dermalogica® Consultation Pod serta merupakan pembekal bagi 1,000 pengedar sah Dermalogica® di rantau ini.

Dermalogica Lancar Kempen Terbaru Dermalogica Get Naked

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malaysia’s Biggest 3-on-3 B-Boy Competition

JALAN PINTAS di Festival Filem Fantastik Antarabangsa Puchon ke-16