in

Derma Secara Digital Melalui Kempen SHARE THE LIGHT

Pada Deepavali tahun ini, Maxis akan bekerjasama dengan LINE untuk mengupayakan rakyat Malaysia untuk menderma secara digital bersempena musim perayaan yang akan datang. Khayalak ramai hanya perlu menyaksikan video ‘Share The Light’ dan memuat turun pelekat Deepavali percuma dari LINE. Bagi setiap muat turun, Maxis akan menderma RM1 ke 10 rumah kebajikan kanak-kanak terpilih di seluruh negara. Kempen ini akan berlangsung sehingga 31 Oktober 2014. Selepas kempen ini berakhir, satu lagi set pelekat LINE akan diberikan secara percuma sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggan Maxis dan Hotlink yang mengambil bahagian.

MAXIS

MAXIS MENGUPAYAKAN RAKYAT MALAYSIA MENDERMA SECARA DIGITAL MELALUI KEMPEN ‘SHARE THE LIGHT’ MUSIM DEEPAVALI INI

• Saksikan video ‘Share The Light’ Maxis dan muat turun pelekat Deepavali LINE
• Maxis akan menderma sebanyak RM1 bagi setiap muat turun dan menyalurkan derma ke rumah-rumah kebajikan di seluruh negara
• Hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi apabila kongsikan video ‘Share The Light’

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk mengambil bahagian dalam kempen ini:

• Saksikan dan kongsikan video YouTube yang dibuat khas di www.maxis.com.my/deepavali atau http://youtu.be/UEX9FxjUSj0
• Muat turun pelekat Deepavali LINE (pengguna baru perlu memuat turun dan mendaftar untuk akaun LINE sebelum mereka boleh memuat turun pelekat tersebut)

Kempen ini tidak terhad kepada pelanggan Maxis sahaja. Lebih 10 juta pengguna LINE akan diberitahu dan digalakkan untuk mengambil bahagian dalam program ‘Share The Light’ ini.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Maxis telah menghasilkan satu video pendek dengan menemuramah kanak-kanak di beberapa rumah kebajikan untuk mengetahui kehendak mereka sempena Deepavali ini.

MAXIS

“Selalunya, orang ramai ingin menghulurkan bantuan kepada badan-badan kebajikan tetapi tidak mempunyai masa dan sumber-sumber yang sewajarnya. Untuk musim perayaan Deepavali yang akan datang, kami ingin menjadikan ia lebih mudah bagi para pelanggan kami untuk menderma secara digital. Inisiatif ini adalah satu tanda tulus ikhlas dari pihak kami untuk mewujudkan kesedaran dan pada masa yang sama menerangi kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh negara. Kami berharap untuk mendapatkan seramai yang boleh untuk berkongsikan pelekat ini supaya kami dapat memberi kesan positif kepada kehidupan orang-orang yang benar-benar memerlukannya,” kata CK Koay, Ketua Pengurusan Pelanggan Maxis.

Terdapat juga hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi apabila pengguna berkongsikan video tersebut melalui LINE. Sepuluh pemenang Maxis atau Hotlink akan mendapat sebuah Head Doll LINE Edisi Terhad 50cm bernilai RM500 setiap satu, manakala 90 pemenang akan mendapat dua Doll LINE 18cm bernilai RM120 setiap satu. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah ‘kongsian’ video pada timeline dan chat LINE mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airish Miracle Penyelesaian Terbaik Untuk Kulit Wajah Berseri

SINAR fm Meriahkan Jualan Amal Ulangtahun FAMA Ke-49