in ,

Derma Dengan Ikhlas & Pasaraya ST Rosyam Mart Hulur Bantuan Untuk PROFIMA

‘Derma Dengan Ikhlas’ dan pasaraya ST Rosyam Mart turut hulur bantuan kepada Pertubuhan Khairat Anak Seni Malaysia dan Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PROFIMA)

Kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ terus menghulurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan dengan kerjasama pasaraya ST Rosyam Mart seperti yang diumumkan hari ini dalam sebuah majlis ringkas. Sebanyak RM50,000 daripada jumlah dana sumbangan digunakan untuk membeli barangan keperluan asas dari pasaraya ST Rosyam Mart di mana ianya akan diedarkan kepada lebih 1,000 buah keluarga dari pelbagai komuniti termasuk ahli ​Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PROFIMA), Pertubuhan Khairat Anak Seni Malaysia (PERKHAS), ​ibu tunggal, pertubuhan bukan kerajaan, masjid dan persatuan kebajikan penduduk.

profima ikhlas

Datuk Rosyam Nor, Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd ​berkata, “Pihak kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan IKHLAS untuk membantu mereka yang memerlukan di musim COVID-19 ini. Kami telah mengenalpasti 1000 keluarga yang memerlukan bantuan, yang merangkumi pelbagai persatuan dan NGO. Sumbangan Ikhlas ini juga dipanjangkan kepada Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PROFIMA) dan Pertubuhan Khairat Anak Seni Malaysia (PERKHAS). Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak IKHLAS dan berharap kerjasama murni ini dapat diteruskan untuk masa akan datang.”

Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata, “Kami berasa terpanggil untuk meringankan beban komuniti yang memerlukan, terutama pada masa yang mencabar ini. Setakat ini, kami telah mengedarkan bantuan ke lebih 50 buah lokasi dan kami menyedari bahawa ada ramai lagi komuniti yang memerlukan bantuan. Dengan semangat #InThisTogether, kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan pasaraya ST Rosyam Nor untuk terus mengedarkan barangan keperluan asas kepada lebih ramai keluarga dan dalam masa yang sama membantu peniaga tempatan.”

Kolaborasi di antara IKHLAS dan pasaraya ST Rosyam Mart dijalankan kerana Datuk Rosyam Nor dan Dato’ Raymond Ho terlibat secara aktif bersama pertubuhan bukan kerajaan seperti Persatuan Kebajikan Masyarakat Desa Melawati (PERKEMAS),

Sehingga kini, kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ telah berjaya mengutip dana sebanyak RM911,000 melalui inisiatif derma digital awam. Sejak hari pertama Ramadan, pasukan IKHLAS telah mengedarkan barangan keperluan asas dan juadah berbuka puasa kepada lebih 5,800 buah keluarga di seluruh negara.

Kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ adalah sebahagian daripada kempen #InThisTogether oleh Kumpulan AirAsia. Orang awam yang berminat untuk menderma boleh melayari ​Givewith.Ikhlas.com.​

IKHLAS merupakan jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Muslim di seluruh dunia dengan menyediakan akses untuk pelbagai amalan berasaskan keimanan. Ini termasuk kewajipan agama seperti Umrah, Korban dan pilihan gaya hidup berasaskan hukum Syariah. Portal ini akan dilancarkan pada bulan Jun 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari ​Givewith.ikhlas.com​, atau melalui laman sosial di Instagram​ ​ikhlasdotcom​ ​dan Facebook​ ​ikhlasdotcom​.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sambutan Ramadan ‘Ala Kadar’ di Gaza

Awesome TV Lantik Johan Ishak Sebagai Pengarah Urusan