in ,

Derita Adik Nur Iman Perlu Perhatian Segera, Yayasan Ikhlas Hulurkan Bantuan

Kempen Bantu Pesakit Sihat (BPS) diusahakan Yayasan Ikhlas sejak lebih dua tahun lalu kini diteruskan lagi termasuk bantuan diberikan kepada adik Nur Iman Mohamad Sabri yang menetap di Terengganu.

Nur Iman mengalami keadaan hampir sama seperti kes kanser mulut adik Ainul Mardhiah yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan mulut di hospital London dengan bantuan Dr Nur Amalina Che Bakri selepas mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia.

NUR IMAN
Gambar Nur Iman masa baru lahir
NUR IMAN
Gambar Nur Iman masa baru lahir

Bagaimanapun kes Nur Iman lebih serius membabitkan ketumbuhan besar pada mulutnya menutup seluruh hidung dan mulut dipanggil Benigh Epignathus Teratoma hingga menyukarnya makan serta bernafas.

Untuk rekod, sejak dilahirkan hingga ke hari ini, Nur Iman (setahun 10 bulan) sudah menjalani empat kali pembedahan membuang ketumbuhan selain pembentukan struktur rahang serta lidah.

Derita Adik Nur Iman Perlu Perhatian Segera, Yayasan Ikhlas Bantu

Namun, rawatan khusus masih perlu dilakukan untuk Nur Iman dengan keperluan anggaran kos sebanyak RM400,000 bagi menjalani empat lagi siri pembedahan selain bantuan lain sehingga umur Nur Iman genap 12 tahun.

Menurut doktor yang merawatnya,  Prof Shaifulizan Abdul Rahman dari Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan,  pelbagai pembedahan perlu dilakukan ke atas Nur Iman.

NUR IMAN

“Ketumbuhan berkenaan berjaya dibuang pada pembedahan kali pertama. Namun, dia terpaksa terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tujuh bulan.

Tanpa diduga bentuk kepalanya bertukar menjadi leper dan berkudis akibat terlalu lama terbaring serta tiada pergerakan.

“Justeru, dijangka ada lagi empat pembedahan yang perlu dibuat untuk membetulkan lelangit, gusi, bibir, membuang cecair di kepala. Tak ketinggalan pembedahan membina gusi.

“Selain itu, kos dan dana diperlukan juga merangkumi bantuan bulanan untuk keperluan menjaga rapinya. Termasuklah belian susu khas, ubat, keperluan harian, peralatan khas, rawatan hospital dan wang tunai sekitar RM4,000 sebulan,”

– Prof Shaifulizan
Derita Adik Nur Iman Perlu Perhatian Segera, Yayasan Ikhlas Bantu

Prof Shaifulizan  menambah ibu bapa Nur Iman juga bergelut meneruskan kehidupan.

“Ibunya tidak bekerja. Bapanya pula hanya mengambil upah kerja kampung selain membantu menjaga Nur Iman. Mereka mempunyai dua anak yang bersekolah di asrama dan abang berusia lima tahun,” .

– Prof Shaifulizan

Sementara itu, Yayasan Ikhlas menerusi Pengerusinya, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata pihaknya terus komited untuk meringankan beban dan menyampaikan bantuan selama setahun kepada Nur Iman sebagai permulaan.

“Besar harapan kami dalam memastikan Nur Iman dapat kembali sihat dan sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapanya.

“Ini kerana sumbangan itu tidak hanya digunakan untuk memenuhi keperluan asas bagi yang memerlukan. Ia  juga untuk digunakan sebagai kos pengurusan dan inisiatif lain yang memberikan impak positif yang lebih luas.

“Bagi yang mahu turut menyumbang boleh ke pautan www.bantuiman.com. Boleh juga lihat https://vt.tiktok.com/ZSNkgckEY untuk lebih lanjut,” kata Prof Dr Zainur.

NUR IMAN

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan  merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri. 

Yayasan Ikhlas sudah menjalankan projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan. Yayasan ini juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Me’nate Steak Hub Sumbang Dana Untuk Bantu Mangsa di Palestin

Infinix Zero 30 5G Kini Mula Dijual di Malaysia Pada Harga RM1,299