Tepat jam 10:30 pagi, Zetty atau Zetty Nabila dinikahkan ayah kandungnya Muhamad Ghazali bin Mohd Sali di Pejabat Agama Islam Sepang.
Memilih pemain bola sepak sebagai jejaka pilihan hatinya, Zetty sah bernikah dengan Ahmad Khairil Anuar atau mesra digelar Beto.
Menurut Zetty, beliau akan mengadakan majlis secara sederhana di kediaman keluarganya selepas akan nikah susulan kerajaan ketika ini sedangnmelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sekitar Lembah Klang.
Zetty menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sebentuk cincin selain perhiasan serba berdiri dan wang hantaran seperti yang telah dipersetujui kedua belah keluarga.
Tahniah sekali lagi buat Zetty, semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat..