Dengan sekali lafaz, pelakon, Tasha Shilla sah bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris, seorang pakar kewangan pada majlis ringkas yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, jam 10 pagi di tanggal 27 Febuari.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali dan disaksikan Imam Besar masjid berkenaan, Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni.
Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin namun merahsiakan jumlah wang hantaran atas permintaan keluarga.. Tiada dulang hantaran diserahkan kedua pihak.
Anggun mengenakan persalinan rona putih rekaan Hatta Dolmat, Tasha atau nama sebenarnya, Nastashashila Abdul Razak bersyukur perancangan sejak beberapa bulan lalu berjalan lancar.
“Alhamdulillah, sempurna sudah majlis yang saya tunggu. Semuanya berjalan lancar dan saya sangat gembira dan bersyukur kepada Allah SWT.
“Semuanya berlaku begitu pantas. Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.
“Saya percaya ada hikmah di sebalik segala-galanya. Saya akan tinggal di Singapura mengikuti suami, selepas selesai majlis bertandang.
“Saya bersyukur bertemu jodoh dengan lelaki yang dicintai, biarpun semuanya berlaku begitu pantas.
“Semoga fasa baharu dalam kehidupan ini terus mematangkan saya dan suami. Insya-Allah,”
– Tasha
Majlis ini dihadiri hampir 100 tetamu terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan teman rapat mereka. Pasangan ini mula berkenalan sejak Disember lalu dan mengikat tali pertunangan pada 23 Februari lalu.
Pasangan ini telah bertemu di sebuah acara amal yang telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada dua bulan lalu. Muhammad Atiq terpersona dengan sikap dan keperibadian Tasha Shilla yang lemah-lembut, utamakan keluarga dan menjaga solat membuatkan dia berani mendekati gadis berusia 33 tahun itu.
“Perkenalan bermula di sebuah acara amal di Masjid Wilayah. Tanpa diduga berputik rasa sayang dan cinta.
“Tak sangka segala perancangan dipermudahkan.
“Saya percaya inilah jodoh yang diaturkan Yang Maha Esa,”
– Tasha
Tasha berkata, dia tenang dan bahagia ketika berada di sisi Atiq.
“Saya percaya inilah cinta sejati yang dicari-cari selama ini,”
– Tasha
Sementara itu, Atiq yang bekerja dalam bidang kewangan di Singapura mengakui menyenangi sifat Tasha.
“Meskipun luaran Tasha nampak garang, dia sebenarnya baik, lembut, menyayangi keluarga, suka kanak kanak dan menjaga solat.
“Saya tidak akan menghalang Tasha meneruskan kerjaya sebagai pelakon. Cuma, saya berharap dia akan menjaga adab dan solat,”
– Tasha Shila
Pasangan sebaya berusia 33 tahun itu diperkenalkan seorang teman. Mereka berkenalan pada Disember lalu dan mengikat pertunangan pada 23 Februari lalu.
Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak meluahkan rasa syukur selepas selamat bergelar isteri kepada lelaki dicintainya.
Majlis resepsi pertama pihak perempuan akan diadakan pada sebelah petang hari ini dengan pasangan terbabit memilih untuk mengenakan busana tradisional Melayu klasik juga rekaan Hatta Dolmat.
Resepsi kedua pihak lelaki pula akan diadakan pada minggu hadapan.
Kami di Budiey Channel mengucapkan tahniah buat Tasha Shila dan selamat pengantin baru. Semoga rumahtangga yang dibina kekal sampai akhir hayat.