in , ,

Dengan RM60, Ini Yang Budiey Dapat dari Restoran Santan

Santan adalah jenama makanan dan minuman dalam penerbangan AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama 11 tahun berturut-turut oleh Skytrax. Santan juga menetapkan visi untuk menjadi francais makanan segera pertama Asean.

Baru-baru ini Budiey ada membuat pesanan dari laman sesawang Santan sebab di situ Budiey dapat potongan harga. Jadi, Budiey pun cuba beberapa menu baru yang belum pernah Budiey makan sebelum ini. Bagi menjimatkan wang, Budiey pun memilih set empat hidangan sesuai untuk isi rumah. Dengan tempahan berjumlah RM60, Ini Budiey dapat merasai menu… tonton video vlog Gila Makan di saluran Youtube Budiey Channel.

Santan, yang dikenali sebagai jenama makanan dalam penerbangan pertama di dunia yang boleh didapati di restoran, melancarkan restoran pertamanya di Mid Valley Megamall di ibu kota pada bulan Disember 2019 atas sambutan luar biasa daripada komuniti pencinta makanan, baik tempatan dan antarabangsa.

Dilengkapi dengan teknologi digital di restoran fizikal, para pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera, bawa pulang atau penghantaran. 

Selain daripada hidangan panas, Santan juga memperkenalkan rangkaian produk beku siap dimakan seperti Nasi Lemak Pak Nasser dan Nasi Padang dengan Rendang Daging, serta menu baharu yang diilhamkan oleh Asean seperti Nasi Lemak Goreng dengan Ayam Goreng Berempah, Ayam Goreng dengan sos Keju Rempah dan Gado-gado.

Untuk menempah, korang boleh layari: santan.com.my/delivery

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TikTok Mengesahkan Akan Menyaman Pentadbiran Trump

Tahniah! Drama 7 HARI MENCINTAIKU 2 Raih 12 Juta Tontonan