in , ,

Sinopsis Drama Bersiri DENDAM SEMALAM Lakonan Fadlan Hazim

Walaupun hidup serba kekurangan, Farizal dijaga dengan penuh kasih sayang oleh keluarga angkatnya. Dia terpaksa berpisah dengan ibu dan ayah angkatnya kerana didakwa sebagai anak Datuk Malik yang hilang ketika bayi. Namun, kebahagiaan yang dinikmati itu tidak berpanjangan selepas anak kandung sebenarnya telah dijumpai. Dek ibu bapanya yang bersikap pilih kasih, Farizal menyimpan dendam dan berikhtiar untuk menjatuhkan Datuk Malik pada suatu hari nanti.

Simpan Dendam Kerana Pilih Kasih

Menyusuli Samudera Rindu, saksikan drama bersiri Dendam Semalam lakonan Iqram Dinzly (Farizal/Hakimi), Azwan Kombos (Amirul), Abida Yunus (Atikah), Nina Iskandar (Linda), Fadlan Hazim (Alif), Esma Daniel (Datuk Daniel), Kuza (Datin Saerah), dan Sasqia Dahuri (Lily) menerusi slot Azalea bermula pada 13 Februari 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 2.00 petang.

Drama bersiri 20 episod terbitan MIG yang diarahkan oleh Mohd Azaromi mengisahkan Farizal yang hidup dalam serba kekurangan dan kemiskinan bersama ibu dan ayah angkatnya. Mereka menyara kehidupan dengan beberapa kerja kampung yang menjana pendapatan yang kecil. Namun, apabila umur Farizal 10 tahun, dia terpaksa berpisah dengan ibu dah ayah angkatnya kerana didakwa sebagai anak Datuk Malik yang hilang ketika bayi.

Farizal dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Datuk Malik dan Datin Saerah sehinggalah kemunculan Amirul yang sebaya dengannya. Sejak itu, Datuk Malik dan Datin Saerah mula beralih kasih sayang kepada Amirul. Farizal sedih dan mula berdendam dengan Amirul yang dianggap sebagai perampas kebahagiaannya. Kemarahan Farizal memuncak apabila Datuk Malik mengakui bahawa Amirul ialah anak kandungnya dan bukan Farizal. Akhirnya, Farizal melarikan diri dari rumah tersebut dan tidak pernah kembali.

Setelah dewasa, Farizal yang kini dikenali sebagai Hakimi memulakan rancangannya untuk menjatuhkan Datuk Malik. Farizal telah berkahwin dengan anak perempuan Datuk Malik, Atikah walaupun dia sebenarnya menyayangi gadis lain iaitu Linda. Kebijaksanaan Farizal dalam bidang perniagaan berjaya mendapat kepercayaan daripada Datuk Malik kerana Amirul tidak pernah mengambil peduli dengan perniagaan keluarga. Amirul yang pendiam lebih berminat melukis dan sering mengembara ke serata tempat.

Amirul telah lama menyimpan perasaan terhadap Linda yang pernah menuntut di universiti yang sama dengannya. Namun, Linda hanya menganggap Amirul sebagai sahabat baiknya sahaja kerana sejak kecil dia menunggu kepulangan Farizal yang pernah tinggal di rumah anak yatim bersamanya dahulu.

Datin Saerah mencurigai niat Farizal apabila melihat anaknya, Atikah yang sering kemurungan. Oleh itu, Datin Saerah memujuk Amirul untuk belajar selok belok perniagaan Datuk Malik. Farizal telah berkomplot dengan Lily untuk menganiayai Amirul. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Dendam Semalam menerusi slot Azalea bermula 13 Februari 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 2.00 petang di TV3.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Penonton yang terlepas menyaksikan drama bersiri ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie SEKALI KULAFAZKAN CINTA Lakonan Arja Lee

Lagu AKU CINTA Syamel & Ernie Zakri Trending di Youtube