Haqiem mengakui dia terpaksa mengambil keputusan itu demi menjaga keselamatan dan nyawa pekerja serta ahli keluarganya.
Katanya kepada Harian Metro, penutupan restorannya bukan buat selamanya tetapi buat sementara waktu ketika lockdown dilaksanakan di seluruh negara.
“Walaupun terpaksa menanggung kerugian apabila kedai tidak beroperasi, tapi demi keselamatan dan nyawa pekerja serta ahli keluarga saya percaya ini adalah langkah terbaik.
“Lagipun saya tidak mahu ahli keluarga saya keluar rumah untuk bekerja. Kami sekeluarga memang duduk rumah saja sekarang kerana keadaan Covid-19 amat membimbangkan.
“Apabila sudah reda nanti, barulah kami kembali beroperasi. Soal nasib pekerja, kami akan cuba cari jalan untuk membantu mereka dalam waktu sukar ini,” katanya kepada Harian Metro.
Haqiem bagaimanapun berkata, selama tempoh lockdown berlangsung 14 hari, dia hanya menggunakan wang simpanan untuk menampung kehidupannya.