Penyanyi Aishah, 56, atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin disahkan positif Covid-19 semalam.
Kini dirawat di Hospital Ampang, Aishah mula mengalami gejala seperti demam panas dan semput.
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 56, telah memuat naik sebuah video menerusi akaun Instagramnya yang menunjukkan dia sedang melakukan ujian calitan di rumahnya.
Selepas menjalani ujian saringan Covid-19, Aishah disahkan menghidapi wabak terbabit.
Aishah Positif Covid-19
Aishah berkongsi video dirinya membuat ujian saringan di rumah menerusi salah sebuah hantaran di laman Instagram.
Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram, keadaan Aishah terlihat mengah dan agak lemah.
“Saya tidak larat untuk jawab telefon. Sekarang, saya sedang tunggu doktor datang untuk membuat penilaian sama ada saya boleh kuarantin di rumah atau perlu dirawat di pusat kuarantin,”
– Aishah
Malah ketika pemeriksaan kesihatan dilakukan sebelum dibuat ujian calitan oksigen Aishah juga tidak berada pada tahap normal.
“Saya memang sudah ada penyakit asma dan sekarang mempunyai gejala seperti demam panas dan semput. Doakan saya supaya kuat dan cepat sembuh,”
– Aishah
Dalam pada itu, suaminya disahkan negatif manakala, dua anak lelakinya Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23, masih menunggu keputusan ujian calitan.
“Anak-anak akan dapat keputusan ujian calitan esok. Harap mereka negatif.
“Alhamdulillah, suami saya disahkan negatif, maknanya setakat ini saya seorang sahaja yang positif Covid dalam keluarga kami,”
– Aishah
Dirawat di Hospital Ampang
Selain itu, Aishah turut memuat naik foto ketika dirinya berada dalam ambulans dan dikejarkan ke Hospital Ampang.
“Adventure naik ambulans dengan siren ke Hospital Ampang… Mohon doakan,”lagi.
– Aishah
Aishah yang kini dirawat di Hospital Ampang menggunakan alat bantuan pernafasan sempat merakamkan video keadaan terkini dirinya dengan bacaan paras oksigen sebanyak 96.
Semoga cepat sembuh. Amin.