Travelog berbahasa Inggeris yang disampaikan dalam 13 episod diberi tajuk “Muslim Footstep” ini disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 30 Julai ini, setiap hari, pukul 6.00 petang menerusi saluran TV Okey.
Episod 1
Hos melawat tempat-tempat menarik di Budapest, Hungary seperti Parliament Liberty Statue atau Patung Kebebasan, Gallert Hill dan Zelo Kilometre.
Episod 2
Lokasi dikunjungi Museum of Fine Art, monument of shoes dan Jambatan Rantaian Szechenyi di Budapest, Ibu Kota Hungary.
Episod 3
Hos ke Vienna, melawat Vienna Hofburg Palace, Anker Clock dan Vienna State Opera.
Episod 4
Lokasi seterusnya di Munich, Jerman untuk mengenali adat dan budaya, makanan tradisi dan sosial di sekitar Munich.
Episod 5
Hos melawat tinggalan istana lama, dan stadium terbesar di Munich, Jerman.
Episod 6
Hos ke Jerman melawat Imperial Castle, Nuremberg dan St. Lorenz (gereja).
Episod 7
Hos ke Frankfurt, Jerman melawat ke menara, pasar karat terpanjang, melawat Masjid Abu Bakar dan menaiki cruise sekitar Frankfurt.
Episod 8
Perjalanan Anwar Afiq ke negara Jerman, mengenali budaya, masyarakat dan melawat Bandar Cologne.
Episod Akhir
Perjalanan hos ke Amsterdam mengunjungi lokasi Amsterdam Canal, Central Station, Flower Market, Fatih Mosque, Albert dan Dam Square.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.