in , ,

Dedikasi Untuk Anak Tercinta, Harris Alif Tampil Dengan Lagu Terindah

Penyanyi popular Harris Alif kini tampil dengan single terbaru berjudul Terindah yang membawa seribu satu makna untuk dirinya.

Seperti lagu-lagunya sebelum ini, Terindah juga mempunyai kisah tersendiri di mana Harris mendedikasikan lagu ini kepada anaknya, Evie Khadeeja.

Menurut Harris Alif, dia mengalami detik indah dan pengalaman menarik apabila menerima berita tentang kehamilan isterinya, pelakon Intan Ladyana ketika merakamkan lagu ini. Justeru, tidak hairanlah mengapa ia diletakkan tajuk Terindah.

“Selepas mendengar demo yang diberikan daripada pihak Sony Music, saya pun terima untuk menyanyikan lagu ini, jalan ceritanya juga berkait dengan dua lagu saya sebelum ini iaitu Anugerah dan Permaisuri.

“Saya merakamkan lagu ini tak lama selepas saya kahwin, dan ketika merakamkannya juga, saya terima berita isteri saya hamil cahaya mata pertama kami. 

“Walaupun terjadi secara kebetulan, namun saya memilih untuk mendedikasikan lagu ini untuk anak saya. Tak dapat digambarkan betapa saya berasa terharu dan gembira ketika mula-mula tahu yang saya bakal menimang cahaya mata ketika itu,” katanya.

Dedikasi Untuk Anak Tercinta, Harris Alif Tampil Dengan Lagu Terindah

Dalam pada itu, Harris menyifatkan rezeki bergelar bapa bukanlah sesuatu perkara yang biasa atau kecil-kecilan, tambahan ia adalah kali pertama berlaku dalam hidupnya. Bagi penyanyi di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia ini, setiap perkara yang terjadi dalam hidupnya telah bergabung dengan indah.

“Pada pendapat saya, rezeki memiliki anak bukanlah satu kegembiraan yang biasa, tentunya ia menjadi kemanisan yang luar biasa. Tambahan lagi bait lirik lagu ini memang indah, jadi saya rasakan setiap perkara bergabung dengan sempurna.

“Melancarkan lagu selepas kahwin taklah begitu mencabar, yang mencabar adalah apabila kita memiliki anak kerana masa perlu dibahagikan dengan sebaik mungkin,” katanya lagi.

Apabila sudah melancarkan lagu, Harris tentu saja berharap agar buah tangan terbarunya diterima baik oleh para peminat dengan menikmati kisah penceritaan serta muzik videonya. 

“Harapan saya semoga orang ramai suka dengar lagu ini dan menonton muzik videonya. Untuk pasangan yang baru kahwin, saya harap mereka dapat mengaitkan kisah lagu ini dengan hidup mereka, terutamanya bagi yang baru memiliki cahaya mata seperti saya dan isteri,” katanya menutup bicara.

Lagu Terindah boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Dedikasi Untuk Anak Tercinta, Harris Alif Tampil Dengan Lagu Terindah

Dengarkan Lagu ‘Terindah’ Sekarang: https://harrisalif.lnk.to/Terindah 

Lirik Muzik ‘Terindah’: https://www.youtube.com/watch?v=jQjHI-nx3eI  

Akaun Media Sosial Harris Alif

Instagram: https://www.instagram.com/harrisalif/ 

TikTok: https://www.tiktok.com/@harrisalif 

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCoCUY7UNjg2XHUIuPgqVxTw 

Kredit

Artis:Harris Alif

Tajuk: Terindah

Produser: Iqie Hugh

Komposer: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

Penulis Lirik: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

Dedikasi Untuk Anak Tercinta, Harris Alif Tampil Dengan Lagu Terindah

MENGENAI HARRIS ALIF

Pemilik nama lengkap Nor Harris Alif Nor Rashidi ini dilahirkan pada 2 September 1999 dan kini usianya bakal genap 24 tahun. Harris mula menjejak kaki dalam bidang hiburan pada tahun 2010 menerusi program Idola Kecil musim ketiga. Lebih membanggakan, dia berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan berkenaan.

Sebelum melancarkan single Terindah, Harris telah tampil dengan pelbagai lagu sendiri yang digemari ramai antaranya Anugerah dan Permaisuri.

Menerusi saluran YouTube miliknya, para peminat dapat menyaksikan pelbagai muzik video lagu Harris sendiri diikuti pelbagai lagu cover yang turut menampilkan beberapa kolaborasi bersama artis lain.

Beralih ke sisi peribadi, pada 2021, Harris mendirikan rumah tangga bersama pelakon popular Intan Ladyana. Mereka diijabkabul di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam sebuah majlis yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan ketika itu, susulan pandemik COVID-19.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Evie Khadeeja yang dilahirkan pada 31 Januari 2022. Harris dan Intan memilih untuk mula mendedahkan wajah anak mereka di medi sosial pada Ramadan tahun lalu kerana tidak mahu terburu-buru untuk berbuat demikian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Festival Shopping Terbesar 73 Jam Tanpa Henti di Stylofest Mega Raya 2023 

MIERUL AIMAN

Ubah Landskap Drama Tempatan, PROJEK HIGH COUNCIL Cipta Fenomena