Tugas juruaudit melibatkan pelbagai tanggungjawab penting seperti memeriksa kesahihan keadaan kewangan sesebuah organisasi dan memastikan proses perakaunan yang dijalankan adalah sah dan tepat. Ini merupakan peranan yang dimainkan oleh Shin Cha-il, yang dilakonkan oleh Shin Ha-kyun, sebagai ketua jabatan audit di JU Construction, sebuah syarikat yang sering dilanda pelbagai penyelewengan wang dan rasuah. Mampukah beliau menyelesaikan permainan yang penuh dengan tipu muslihat ini?
Petaling Jaya, 23 Julai 2024 – K-drama atau drama Korea semakin mendapat tempat di hati penonton di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Dengan jalan cerita yang menarik, produksi berkualiti tinggi, dan lakonan mantap, K-drama berjaya menarik perhatian penonton dari pelbagai lapisan masyarakat. Salah satu K-drama yang sangat dinanti-nantikan tahun ini adalah The Auditors, yang kini menambah senarai drama popular yang telah mencapai tahap wajib tonton di kalangan peminat K-drama. Drama ini telah menduduki carta teratas dan mencetus perbincangan hangat di kalangan peminat serta mendapat ulasan positif daripada pengkritik dan penonton.
The Auditors menjanjikan plot yang penuh dengan aksi, komedi, misteri, dan konflik yang mendebarkan serta barisan pelakon hebat yang pastinya akan memikat hati penonton. Saksikan The Auditors yang kini ditayangkan di saluran linear tvN Asia melalui Tonton setiap hari Ahad dan Isnin, pada pukul 9.15 malam, hanya 24 jam selepas siarannya di Korea! Episod pertama drama ini ditayangkan pada 7 Julai, dan setiap episod tersedia untuk ditonton semula di platform Tonton sehingga 30 hari.
Drama menarik ini menyingkap kehidupan sekumpulan juruaudit yang terlibat dalam penyiasatan kes penipuan korporat besar-besaran di JU Construction, sebuah syarikat yang korup. Ia menampilkan plot yang kompleks dan penuh dengan liku-liku, memperlihatkan hubungan peribadi dan konflik antara watak-watak utamanya. Barisan pelakon hebat termasuk Shin Ha-kyun yang melakonkan watak Shin Cha-il, ketua pasukan audit yang tegas dan berprinsip, serta bintang muda Lee Jung-ha sebagai Goo Han-soo, seorang pekerja baharu yang bersemangat, Jin Goo sebagai Hwang Dae-woong yang bercita-cita tinggi, dan Jo A-ram sebagai Yoon Seo-jin yang degil.
Shin Cha-il, ketua pasukan audit di JU Construction, terkenal dengan sikapnya yang dingin, ketidakpercayaan terhadap orang lain, dan ketegasan yang membuatkan beliau sentiasa membuat pertimbangan yang tajam dan tepat. Pasukan audit ini juga terdiri daripada seorang pekerja baharu, Goo Han-soo, yang mesra dan baik hati, bertentangan sifat dengan ketua pasukannya. Goo Han-soo bercita-cita untuk berpindah ke cawangan syarikat di Florida, dan bekerja sepenuh hati untuk mengembangkan kemahirannya dan membantu dalam pasukan audit ini.
Seorang lagi pemuda yang berdedikasi dan bercita-cita tinggi dalam kerjayanya adalah Yoon Seo-jin. Personalitinya yang individualistik berbeza dengan Goo Han-soo, walaupun mereka bekerja bersama. Manakala Hwang Dae-woong, yang dilakonkan oleh Jin Goo, adalah Naib Presiden JU Construction yang bercita-cita untuk mengatasi dua abangnya dengan mengambil alih tugas sebagai presiden. Yoon Seo-jin dan Hwang Dae-woong merupakan sahabat baik sejak kecil. Namun, sifat profesional mereka membuatkan mereka seolah-olah tidak mengenali sesama sendiri di tempat kerja.
Syarikat JU Construction sering menghadapi kehilangan wang sehingga bilion won. Maka di sinilah bermulanya tanggungjawab pasukan audit ini menyelidik setiap butiran dalam penyelewengan wang yang akhirnya membongkar rahsia syarikat. Mereka terpaksa menyelidik dan memutuskan siapa yang perlu dipercayai dan siapa yang mereka syaki terlibat dalam penyelewengan wang syarikat. Dapatkah pasukan audit ini membongkar penyelewengan dan mencari kebenaran yang sebenar?
Drama ini menawarkan sesuatu yang unik dan berbeza, dengan plot yang mendalam dan lakonan yang mantap. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan The Auditors di platform Tonton yang kini juga boleh di strim secara HD eksklusif di Smart TV atau dengan memuat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store.
Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.