Sebelum bersiaran, Caprice sebelum itu telah meminta semua peminat dan netizen yang ingin melihat sesi ‘live IG’ tersebut supaya tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan meminta semua penonton mengawal emosi.
Namun, perkara sebaliknya yang berlaku apabila Shiraz yang nampak lebih ‘koyak’ dan gagal mengawal emosinya ketika berdebat dengan Caprice.
Sikap tenang Caprice berdepan dengan dua ‘influencer’ itu mendapat pujian netizen. Rata-rata netizen kagum cara Caprice mengawal emosi apabila berhujah tentang pelbagai isu melibatkan pergolakan dua negara itu.
Shiraz dilihat gagal mengawal emosinya dan sering meninggi suara terutamanya ketika Caprice mengajukan soalan berkaitan fakta mengenai Palestin dan Israel.
Selain Shiraz, Carice juga sempat berdebat dengan seorang lagi wanita dari Israel bernama Orin yang ternyata lebih emosi berbanding Shiraz.
Malah, wanita tersebut langsung tidak memberi peluang kepada Caprice untuk mengeluarkan hujah dan mematahkan segala fakta dengan begitu emosi sedangkan hakikat sebenar tidak seperti yang dia war-warkan.
Namun, sehingga ke akhir sesi live IG tersebut, Caprice kekal tenang dan hanya mengeluarkan fakta berkenaan Palestin dan Israel sehingga ada detik yang membuatkan kedua-dua mereka terdiam seketika.
Ketenangan Caprice dalam sesi yang ditonton kira-kira 200,000 orang itu turut mendapat pujian rakan selebriti dan nama Caprice trending di Twitter.
Antaranya, Diana Danielle ada mengulas pendapat beliau: Every time Caprice brings up a fact about the history of Palestine, about the time when jewish refugees arrive on Palestinian soil from British and UN’s efforts to help relocate some of them after the Holocaust, the Israeli ladies replied “i dont care! i don’t know! stop talking about history!”.Â
He also asked one of the ladies, “where did u come from before you arrived in Palestine? You were refugees from Europe” — along those lines — and she replied “No! We’re not!” 😂 What….. in the world? How can you debate with people who r replying based on the fantasies in their head? You can’t win logic with fantasy.. it was bound to be empty banter.
So let’s throwback at the state of the Jewish refugees as they step into Palestine.