Terus terang la nak cakap kat sini, Budiey sebenarnya pernah dengar pasal bitcoin ni tapi buat tak endah je. Sebab ada yang kata bitcoin ni scam la itu la ini la. Macam-macam rumours Budiey dengar. Tapi selepas mendengar taklimat ini, sikit sebanyak memberikan info berguna kepada Budiey tentang bitcoin ni.
Nak dengar dengan lebih lanjut korang boleh klik video Youtube kat bawah ni. Jangan lupa like dan share serta komen video ni. Sangat infomatif!
Melalui penerangan ini juga BCMY Pte. Ltd. (BCMY) ada mengumumkan untuk memperkenalkan mata wang digital terbaharu pada awal bulan depan yang akan dikenali sebagai DDKoin (DDK). Alamak, apa pula DDKoin ni? Budiey baru je nak kenal-kenal dengan bitcoin dah ada nama lain pulak ni.
Menurut pengasasnya, Datuk Azrainuddin Zainal, beliau ada berkata, ini merupakan mata wang kripto (cryptocurrency) yang dibangunkan daripada idea dan teknologi rakyat Malaysia bagi menjadikan DDK ini lebih berdaya saing dengan mata wang digital lain.
“DDK akan disenaraikan di coinmarketcap iaitu sebuah platform yang meletakkan barisan pelbagai mata wang digital di seluruh dunia dan pelabur boleh melihat pergerakan harga seluruh mata wang berkenaan.”
Sehingga kini, mata wang Bitcoin yang turut dikenali sebagai emas digital itu masih lagi menduduki kedudukan teratas dalam coinmarketcap dengan mewakili pasaran modal terbesar di dunia.
Azrainuddin menjelaskan, sehingga kini, kajian dan pembangunan serta proses ujian sedang dijalankan dengan teliti sebelum ia dilancarkan pada 1 Julai ini.
Dalam masa yang sama, lebih daripada 200,000 pengguna dari 10 negara telah dimaklumkan mengenai pengenalan DDK.
Tambah beliau, maklum balas yang diterima terhadap mata wang digital baharu itu agak memberangsangkan.
Blockchain merupakan teknologi internet untuk masa depan dan di dalam era terkininya, para pengguna boleh berurusan dan menjalankan transaksi dalam apa juga nilai termasuk wang dan harta intelektual antara sesama pengguna.
Ia juga mampu menyediakan platform paling utuh untuk menjalankan perdagangan antarabangsa, kerana blokchain mempunyai potensi untuk mewujudkan rangka kerja di mana pembekal dapat berhubung terus dengan pembeli secara selamat.
Selain itu, Nur Ezdiani menjelaskan, pihaknya telah membuat satu laporan lengkap mengenai teknologi blockchain yang diterajuinya di pasaran tempatan sejak dua tahun kepada kerajaan.
Menurutnya, makluman tersebut adalah perlu untuk memperincikan segala aktiviti dan program yang dijalankan oleh syarikat tersebut bagi membolehkan ia disumbangkan semula untuk manfaat masyarakat.
Sumber: Kosmo!
EKSKLUSIF: Kelebihan Guna BlockChain dari Founder BCMY
Pertemuan hari tu, BCMY Pte. Ltd. mahu menceritakan tentang pencapaian selama 2 tahun lebih sepanjang menjadi antara yang membangunkan teknologi blockchain di Malaysia. Sememangnya teknologi masih lagi baru di Malaysia dan ramai yang belum tahu pasal teknologi ini. Apa yang anda perlu tahu adalah blockchain ni sebenarnya digunapakai oleh negara luar. Ia lebih selamat, lebih telus dan tak dapat dimanipulasi. Ia tak perlu orang tengah setiap transaksi. Ia open-source dan kemajuannya sangat cepat berkembang.
Kajian kini sedang giat dibuat oleh universiti dan juga institusi kewangan dan bank-bank di dunia. Jadi, ia banyak memberikan manfaat kepada pengguna di mana kita dapat transfer aset dengan lebih pantas.
Diharapkan selepas ini, ramai orang Malaysia berminat untuk tahu tentang blockchain.