Dayangku Intan yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat InMan Production (M) Sdn Bhd dan Pengarah Urusannya, Rosman Yahil, 45, memfailkan saman itu kerana defendan memungkiri kontrak Pertunjukan dan Pertandingan Bunga Api Merdeka Antarabangsa Sedunia. Mereka memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, 20 Julai lalu, melalui Tetuan Karpal Singh & Co.
Plaintif mendakwa defendan gagal menunaikan janji dengan memberikan kontrak itu kepada Global 2000 Sdn Bhd (pihak ketiga) sedangkan cadangan dan kertas kerja asal mengenai konsep itu disediakan InMan Production.Â
InMan dijemput untuk membuat pembentangan mengenai acara yang akan diadakan pada pertunjukan itu sempena sambutan kemerdekaan 50 tahun dan Tahun Melawat Malaysia. Cadangan dan pembentangan InMAn bagaimanapun, diterima dan satu perjanjian yang mempunyai terma ditandatangani kedua-dua pihak.
Selain itu, plaintif juga mendakwa acara yang dicadangkan turut dimasukkan ke dalam kalendar ‘Visit Malaysia 2007/Celebrating 50 years Nationhood’ yang dijadualkan pada 4, 11, 18, 25, 30 Ogos ini. defendan pertama turut menyetujui bajet lebih RM5 juta dan meminta perincian lanjut serta pecahan sebut harga bagi acara berkenaan.
Plaintif sudah memberikan perincian lanjut seperti yang diminta pada 30 Mei tahun lalu. Dalam pernyataan tuntutan itu, mereka memohon pengisytiharan bahawa konsep pertunjukan dan persembahan bunga api bermuzik itu adalah harta milikan InMan Production, menuntut kerugian sebanyak RM3.9 juta, faedah ke atasnya, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Budiey: Saman jangan tak saman… kos untuk bunga api saje dah cecah rm50 juta… wow banyak tu!