Manakala untuk kategori berkumpulan pula Kumpulan OAG dan Flop Poppy juga bertuah kerana berjaya ke peringkat akhir. Terkejut juga saya bagaimana Raja SMS, Mawi Kulai yang sedang heboh dikatakan lalok di Australia boleh kalah. Betulkah Mawi telah hilang sengat dengan suaranya yang katanya dah rabak ketika buat persembahan di pentas IKON lalu? Apa citer?
Tahniah kepada semua finalis. Memang Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, OAG dan Flop Poppy layak kerana persembahan mereka yang hebat di mata 3 juri iaitu Ramli MS, Jenny Chin dan Mac Chew. 70% markah datang dari mereka dan selebihnya dari undian SMS penonton. Adam, Daniel, Dina, Ezlynn, Shanon Shah, Amuk, Def Gab C, Disagree dan Mirwana yang tidak terpilih masih berpeluang merebut 2 tempat di final dengan pusingan wild card.
Ramalan saya: Walaupun saya meminati Dayang Nurfaizah, namun saya kira Jaclyn Victor akan menjuarai Ikon Malaysia. Jaclyn punya vokal yang hebat serta penampilannya boleh dikira satu ikon. Antara OAG dan Flop Poppy, manakah pilihan anda? Saya memilih OAG sebab OAG punya muzik rock alternatif yang unik walaupun vokalisnya, Radhi agak gila-gila sedikit. Lagi pun. band di bawah label Positive Tones ini pernah memenangi Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1996. Muzik yang dibawa lebih catchy dan santai rasa saya tidak dapat menandingi vokal dan aura Jaclyn Victor yang sudah sinonim dengan suara tinggi yang nyaring. Flop Poppy? Band rock itu muziknya biasa-biasa sahaja.
Antara finalis ini, siapakah pilihan anda? Dengan 100 peratus undian wild card di tangan penonton, mungkinkah Mawi akan diserap kembali dalam liga sengit ini? Sudah pastinya, saya kira. Mawi kan ramai peminat. Saya tak nak bercakap banyak. Tunggu sahaja final Ikon Malaysia pada 28 Julai nanti.
Gambar Jaclyn Victor di AIM 2006 bersama Ali Bakar.