in , ,

Dayang Nurfaizah Hidupkan Irama Melayu Klasik dalam Album BELAGU, Lapan Lagu Bakal Mengimbau Memori

Setelah kali terakhir menghasilkan album KASIH yang mengetengahkan lagu-lagu kontemporari klasik 15 tahun lalu, pada tahun ini, penyanyi Dayang Nurfaizah bakal kembali dengan buah tangan hadiah buat peminat iaitu sebuah album Melayu Klasik berjudul Belagu.

Penyanyi tersohor yang sudah meraih pelbagai anugerah, Dayang Nurfaizah akan melancarkan album studionya yang kesembilan dan dijudulkan sebagai BELAGU. Dipetik dari perkataan dalam dialek Melayu Sarawak, BELAGU membawa maksud menyanyi, dan album ini dibarisi lagu Melayu klasik malar segar. Album yang hadir dengan lapan buah lagu ini mengetengahkan intrepretasi segar Dayang Nurfaizah dan disempurnakan dengan susunan dan gubahan muzik oleh penerbit tersohor, Aubrey Suwito. 

Lagu TUDUNG PERIUK bakal menjadi trak pertama dari album ini yang akan dilancarkan kepada umum. 

Dayang Nurfaizah Hidupkan Melayu Klasik dalam Album BELAGU, 8 Lagu Mengusik Jiwa

Menurut Dayang, pemilihan TUDUNG PERIUK sebagai lagu pertama adalah kerana kemahsyuran lagu itu di kalangan orang Melayu sejak dahulu lagi.

“Liriknya yang begitu puitis disempurnakan lagi dengan melodi yang mengasyikan, TUDUNG PERIUK cukup jelas mempamerkan esen muzik tradisional Melayu.

Kami melancarkan lagu ini terlebih dahulu sebagai pembuka kepada semua peminat supaya mereka tahu apa yang bakal kami sajikan kepada mereka sepenuhnya apabila album ini dilancarkan sepenuhnya kelak.

Jika mereka sukakan TUDUNG PERIUK pastinya mereka akan sukakan suntikan segar pada lagu-lagu di dalam BELAGU.

– Dayang Nurfaizah

Keistimewaan yang mahu diketengahkan oleh BELAGU tidak hanya pada susunan muziknya namun juga pada proses rakamannya sendiri. Dayang mahu mengalami sendiri bagaimana merakamkan lagu dengan iringan muzik secara langsung lantas mencetus idea untuk dia ‘membawa’ studio rakaman ke ruang yang lebih besar.

Proses rakaman yang disempurnakan dalam masa dua hari, diiringi pemuzik-pemuzik hebat dibawah telunjuk Aubrey Suwito. 

Dayang Nurfaizah Hidupkan Melayu Klasik dalam Album BELAGU, 8 Lagu Mengusik Jiwa
Dayang Nurfaizah bersama Aubrey Suwito

Meletakkan harapan agar lagu-lagu Melayu klasik akan terus segar, jelas Dayang, “menerusi BELAGU, Dayang mahu memperkenalkan semula lagu Melayu klasik kepada generasi muda dalam bentuk yang lebih ringan dan segar.

Lagu Melayu klasik sudah punya ritmanya sendiri, bait lirik yang cukup indah dan begitu juga cara penyampainnya. Kami ada menyuntik kelainan pada persembahan lagu-lagu ini tetapi keaslian melodinya masih dikekalkan.” 

BELAGU diterbitkan oleh syarikat milik Dayang Nurfaizah sendiri DN & AD ENTERTAINMENT SDN BHD dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia. 

Dayang Nurfaizah Hidupkan Melayu Klasik dalam Album BELAGU, 8 Lagu Mengusik Jiwa

TUDUNG PERIUK boleh didengari sekarang di semua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 15 Januari 2021 dan album BELAGU edisi digital akan dilancarkan pada 12 Febuari 2021. â€˜Pre-order, pre-add, pre-save’ di semua platform digital sekarang!

BELAGU disempurnakan dengan lapan trak:

  1. TUDUNG PERIUK
  2. JIKALAU ABANG MERINDU
  3. TAK SEINDAH WAJAH
  4. MALAM KU BERMIMPI
  5. GURINDAM JIWA (Duet Bersama Hael Husaini)
  6. TARI TUALANG TIGA
  7. DI KIRIM JANGAN DIPESAN JANGAN
  8. KENANG DAKU DALAM DOA MU
Dayang Nurfaizah Hidupkan Melayu Klasik dalam Album BELAGU, 8 Lagu Mengusik Jiwa
Dayang Nurfaizah Hidupkan Melayu Klasik dalam Album BELAGU, 8 Lagu Mengusik Jiwa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Patenkan Jenama Harimau Menangis, Netizen Marah, Ibu Neelofa Mohon Maaf & Ini Penjelasannya

Pemilik Restoran Dakwa Noor Kartini Guna Resipi Daging Harimau Menangis Mereka