Selepas berkahwin pada Jun lalu, Dayah Zubit terpaksa menamatkan perkhidmatannya sebagai pengasuh kepada anak Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah.
Menurut Siti, Dayah terpaksa berhenti kerja selepas mendirikan rumah tangga dan tempat Dayah digantikan dengan seorang pengasuh baharu yang merupakan seorang guru.
“Dalam era pandemik ini sebenarnya bukan mudah anak-anak kena duduk rumah sahaja. Cuma saya bersyukur ada ruang untuk buat aktiviti dengan Aafiyah, sekurang-kurangnya Aafiyah tak boring, dalam waktu berkurung di rumah ni dia boleh bentuk perkembangannya.
“Selepas Dayah berhenti kerana berkahwin, kita cari penjaga baharu iaitu seorang guru supaya boleh mengajar dan buat aktiviti bersama Aafiyah di rumah
“Sedikit lega kerana ada seorang cikgu yang menjaga, saya nampak ada perkembangan positif..sebolehnya saya pun tak mahu Aafiyah hanya tumpu pada gajet sahaja,†katanya.
– Siti Nurhaliza
Untuk rekod, Dayah mempunyai kelulusan dalam bidang kejururawatan bertugas sebagai pengasuh Aafiyah sejak 28 Mei 2018.