Dayah turut membawa bersama anak mereka, Achbar Muhammad Fahri yang kini genap berusia lima bulan. Dayah terlebih dahulu telah menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari bersama anaknya sebaik tiba di Australia pada 6 Januari lalu.
Momen indah penyatuan keluarga kecil itu telah dikongsikan menerusi beberapa foto yang dilampirkan menerusi akaun Instagram peminat Dayah, @dayahlova. Dayah menjalani kehidupan jarak jauh kerana suaminya merupakan pegawai tentera yang terikat dengan komitmen kerja di luar negara.
Menerusi foto yang dikongsikan itu, Dayah mengenakan pakaian berwarna biru tersenyum gembira memegang Fahri sambil dipeluk suami tercinta. Di ruangan komen, rata-rata peminat tumpang gembira apabila melihat keluarga mereka sudah lengkap bersatu semula selepas sekian lama tidak bertemu.
Difahamkan Dayah dan anaknya akan menetap bersama Hanif di Australia selama setahun.Dayah berkahwin dengan Hanif pada 29 Jun 2018. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos tahun lalu.