Semua peringkat umur memang menggemari karakter Angry Birds ni. Dari kanak-kanak sehinggalah ke datuk nenek kita, semua tahu apa itu Angry Birds. Siapalah yang tak gila tengok kecomelan watak-watak burung tu, walaupun ‘marah’ tapi Angry Birds tetap menarik perhatian.
Daya Tarikan ‘Stunt’ Angry Birds Yang Memukau
Dilahirkan oleh ROVIO pada tahun 2009, permainan mudah alih ini bukan sekadar satu ‘games’ yang menjadi ketagihan ramai, malah sekarang ini Angry Birds dah merakumi setiap sudut kehidupan dengan terciptanya barangan dan merchandise yang dikeluarkan. Maka dengan itu, Budiey kira, Angry Birds bukan sahaja satu permainan tapi dah jadi satu jenama hiburan.
Menyorot kembali asal usul Angry Birds… ya, dulunya hanya sebuah aplikasi permainan di telefon pintar, gadget dan komputer. Dikatakan permainan Angry Birds telah dimuat turun lebih 2.1 billion! Tidak syak kalau Budiey katakan, Angry Birds ni satu permainan paling pantas berkembang di Facebook yang dah berjaya mengumpulkan 26 juta followers,
Budiey sendiri pernah kemaruk dengan permainan Angry Birds dan pernah mengalami kegilaan dengan Angry Birds sehingga terpaksa menghabiskan berminggu-minggu untuk menerjah beberapa level sehingga berjaya menghabiskan semua level. Pendek kata, makan minum tidur dgn Angry Birds. Haaa, mampu?
Pada tahun 2014, khabarnya ROVIO akan mengeluarkan banyak lagi aplikasi Angry Birds yang lebih gempak. Tapi yang membuatkan Budiey jadi lebih teruja apabila mendengar berita sebuah filem animasi yang diadaptasi daripada Angry Birds akan ditayangkan pada 2016. Bukan mudah untuk menerbitkan filem ini sebab ia memerlukan sebuah studio animas yang besar. Wow, Budiey tak sabar nak tunggu dan kalau boleh nak tengok dalam bentuk 3D, barulah best!
Selain berita pasal filem Angry Birds, Budiey juga mendapat tahu sebuah Taman Tema Angry Birds akan dibuka tak lama lagi di Johor Bahru, Johor. Taman tema keluarga ini adalah yang pertama di Asia Tenggara seluas 26,000 kaki persegi dan bakal menjadi pusat aktiviti dan bersantai bersama keluarga.
Angry Birds Memukau Pengunjung Putrajaya Waterski & Wakeboard Champianship
Cakap pasal Angry Birds ni, baru-baru ini Budiey berpeluang menonton persembahan aksi lasak lagi hebat dari ‘Angry Birds’ di Putrajaya Waterski & Wakeboard Champianship yang diadakan di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. Wah, pasti korang tertanya-tanya apa sebab Budiey sanggup memandu jauh-jauh dari Kuala Lumpur semata-mata nak tengok persembahan ni kan? Okaylah, sekarang Budiey cerita!
Sebenarnya, inilah pengalaman kali pertama menonton persembahan Angry Birds seperti ini. Dua dari berasal dari Indonesia dan seorang lagi dari United Kingdom. Menariknya, ketiga-tiga mereka memakai kostum tiga karakter Angry Birds dan akan meluncur laju di atas permukaan air di Putrajaya Watersport ni. Seronok betul tengok!
Acara pertunjukan ini diadakan sejurus selepas penyampaian hadiah kejuaraan waterski iaitu pada jam 4.30 petang. Penonton sikit pun tak berganjak. Semuanya setia menunggu aksi yang akan dipertontonkan. Budiey lihat ramai sekali yang hadir, rata-ratanya adalah seisi keluarga yang tak mahu melepaskan peluang menonton persembahan bersama anak-anak dan isteri.
Walaupun cuaca sedikit mendung dan hujan renyai-renyai pada awalnya, tidak sikit pun menghalang penonton untuk datang. Ternyata warga Putrajaya sangat sporting habis! Bukan senang nak tengok aksi stunt ini kerana jarang sekali Angry Birds buat stunt di atas air.
Ye lah, biasanya kita tengok Angry Birds dalam aplikasi games je. Jarang tengok di dunia nyata dengan kostum. Tapi kali ini, mungkin eksklusif untuk orang ramai melihat aksi yang cukup mendebarkan dan mengujakan.
Apa yang mengujakan? Kalau dah namanya Angry Birds pasti ada blok dan cabarannya. Jadi, ada dua blok yang diletakkan di permukaan air dan dibiarkan terapung. Jadi, cabarannya ialah, dapatkan ketiga-tiga ahli stunt ini melanggar blok ini?
Nak tengok berjaya atau tidak? Sila tonton video ini sampai habis!
Di sekitar acara ini juga, ada dua orang gadis membawa frame empat segi untuk memudahkan orang ramai bergambar dan yang penting mereka boleh upload gambar di laman sosial Instagram dengan hashtag #AngryBirdsMalaysia.
Budiey juga tak melepaskan peluang untuk bergambar dengan prop dan juga frame ni. Ye lah, sekarangkan dah jadi trend, pergi mana-mana nak kena selfie dan ambil gambar diri sendiri.
Lebih menarik kepada anda di luar sana yang mengambil gambar dan upload di Instagram dengan menggunakan hashtag #AngryBirdsMalaysia, ada hadiah istimewa menanti anda. Apa yang perlu dibuat ialah, kena cari gambar anda bersama Angry Birds yang paling kreatif dan menarik dengan hashtag #AngryBirdsMalaysia.
Untung, anda dapat hadiah berupa tiga hadiah utama dan tujuh hadiah saguhati berupa hadiah barangan merchandise istimewa dari Angry Birds. Budiey dah post pun beberapa gambar, harap-harap terpilih. Good luck semua!