Pada malam ini telah berlangsung Dialog Transformasi Nasional 2050 segmen penggiat seni di kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana, Putrajaya.
Dialog yang dikendalikan Datuk Rosyam Nor sebagai moderator, memberi peluang kepada penggiat seni untuk meluahkan masalah dalam industri seni. Antaranya Datuk Norman Abdul Halim, Nora Danish, Datuk Rahim Jailani, Datuk Aziz Bakar, Fizo Omar dan Zizan Razak.
Namun, acara yang mulanya meriah dan ceria itu dikecohkan apabila Mejar David Teo yang meluahkan perasaannya dikhabarkan telah ditumbuk semasa sesi dialog penggiat seni TN50 di hadapan PM? Fuhh drama betul.. Siapa yg tumbuk? Ada netizen mengatakan Mat Over, pelakon sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Alahai, kenapa jadi macam tu sekali?
Sementara itu di sosial media pula ramai yang telah maki hamun tindakan yang dibuat oleh David Teo sehingggalah siaran FB LIVE yang disiarkan terpaksa dihentikan seketika.