in

Dave Bautista di Promo Tour Guardians of the Galaxy

Pada 10 Julai yang lalu, Budiey telah menghadiri sidang media bersama pelakon Guardians of the Galaxy dan pengarahnya di Promo Tour Asia Tenggara untuk filem dari Marvel yang berlangsung di Singapura.

Sidang media berlangsung di Marina Bay Sands Expo Hall, Singapura sejurus selepas kami media yang dijemput menonton sedutan filem ini di Shaw Lido yang terletak di Orchard Road.

dave bautista

Menerima peranan watak utama seumur hidup mungkin boleh membuatkan seseorang pelakon mahu melompat di udara setinggi yang boleh, atau sekurang-kurangnya pelakon itu akan jadi riang kegembiraan, tetapi berlainan pula dengan bekas ahli gusti WWE, Dave Bautista. Beliau menangis apabila dikhabarkan dapat memegang watak sebagai Mr Drax dalam Guardians of the Galaxy. Hatinya sangat gembira tapi dalam masa yang sama beliau patah hati. Pelik kan? Terlampau gembira sangat kot.

“Masa tu, saya sedang memandu untuk ke gym. Surprise betul masa pengurus saya call saya dan mengucapkan: Tahniah Mr Drax! dan saya masa tu rasa tak tahu nak cakap. I literally just broke down.”

Turut sama dijemput ke promo tour ini ialah Zoe Saldana dan juga pengarah filem ini James Gunn. Untuk info pembaca, filem ini akan berada di pawagam pada 31 Julai ini. Yang pasti, ramai pengkritik filem tak sabar untuk menonton filem yang didatangkan dari studio filem blokbuster yang lain seperti The Avengers, Iron Man, Captain America dan Thor. Kelainannya, filem ini adalah filem pertama Marvel yang memilih angkasa lepas sebagai lokasi latar.

Walaupun Bautista jelas kelihatan beremosi apabila dia melihat sambutan peminat pada tahun lepas di San Diego Komik-Con, namun ungkapan luar emosi masih jarang dibuat untuk pemain berusia 45 tahun, yang mengaku bahawa dia seorang yang pendiam. Zoe Saldana juga mengakui tentang hal yang sama. Semenangnya Dave Bautista sangat pemalu orangnya.

“Ya, dia sangat malu,” kata Saldana yang masih nampak tenang dan segar walaupun bangun pada pukul 3 pagi untuk permainan Piala Dunia antara Argentina dan Belanda.

Apa yang pasti, selepas menerima tawaran itu, di lokasi pengambaran, Bautista terpaksa menahan sabar dan bertenang di kerusi di mana beliau terpaksa disolek selama 5 jam untuk membawa watak alien Drax yang berkulit kelabu.

“Dengan sifat saya seorang yang sangat zen jadi saya benar-benar hanya dizonkan. Saya adalah sejuk kerana saya suka menutup mata saya dan apabila saya menutup mata saya, saya tidak Drax, dan apabila saya membuka mata saya, saya akan Drax.”

Bagaimana pun Saldana mempunyai pendekatan yang sangat berbeza. Beliau seronok duduk di kerusi solek kerana pada masa itu, dia dapat meluangkan masa untuk mendengar muzik dan bercakap.

“Hal ni sebenarnya okay je, tidak ada masalah apa pun cuma mereka akan membawa saya lebih awal sikit untuk proses solekan. Apabila mereka membawa makanan, jadi kita masa itu kita kena berlapar selama berjam-jam sebelum dibenarkan untuk makan dan ia membuat saya jadi gila,” kata Saldana.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Majlis Berbuka Puasa Zapin Aidilfitri

TV3 & TV9 Siar Program Istimewa Sempena Nuzul Al Quran