Menurut Yusof, pihak mereka, Skop Production Sdn. Bhd. telah menghantar surat saman kepada pihak defenden yang mengguna nama Sasuke Kun di media sosial Facebook manakala Instagram, @muhammad_izwan_shah.
Katanya, tindakan tersebut dibuat bertujuan untuk memberi pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab sekali gus membendung permasalah tersebut dalam kalangan industri tempatan.
“Saya tidak memandang perkara ini untuk kepentingan peribadi kerana ia adalah kebaikan kepada semua penggiat seni tempatan dan masa depan industri.
“Golongan seperti ini perlu diberi pengajaran agar tidak akan berlaku pada masa akan datang tidak mengirasa sama ada karya terbitan atau penerbit lain,” – Datuk Yusof Haslam
Defenden, Muhammad Izwan Shah Kamal Shah, 30, yang merupakan seorang kakitangan syarikat pereka grafik.
Pada masa sama, Yusof turut memberitahu pihaknya masih dalam proses mengenal pasti sama ada defenden merupakan individu yang bertanggungjawab merakam visual secara tanpa kebenaran dan menyebarkannya kepada khalayak.
“Segalanya akan diketahui apabila sebutan kes pertama disebut pada 22 Oktober di Mahkamah Tinggi Taiping nanti,”
Filem Munafik 2 yang dibintangi oleh Syamsul, Maya Karin dan Nasir Bilal Khan mula ditayangkan pada 30 Ogos lalu selain berjaya meraih kutipan sebanyak RM43 juta menerusi tayangan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. – Sumber: K! ONLINE