Penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam, 59, telah selamat menjalani pembedahan membuang batu karang di Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur selepas dimasukkan ke hospital itu pagi semalam. Syukur alhamdulilah. Segalanya telah selesai, cuma apa yang penting kenalah berehat banyak-banyak sekarang ni.
Isterinya Datin Patimah Ismail berkata, Yusof dikejarkan ke hospital itu kira-kira pukul 9 pagi Isnin selepas mengadu sakit pada bahagian perut ketika bangun pagi untuk solat Subuh selain mengalami kencing berdarah.
“Saya mula risau apabila dia hampir pengsan kerana menahan sakit selain wajahnya menjadi pucat. Saya tidak mengetahui punca sebenar kesakitan yang dialaminya dan terus membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.”
– Datin Patimah Ismail
Patimah memberitahu doktor mengesahkan suaminya mengalami penyakit batu karang dan perlu menjalani pembedahan segera bagi mengelak keadaannya bertambah teruk. Katanya, Yusof akan menjalani pembedahan secara laser pada bahagian kanan perutnya pada petang Isnin.
“Keadaan suami sekarang stabil selepas doktor memberikan ubat tahan sakit sebelum menjalani pembedahan yang dijadualkan pada petang ini. Doakan supaya dia selamat menjalani pembedahan itu dan kembali sihat.”
– Datin Patimah Ismail
Dalam perkembangan sama, Patimah berkata, sebelum ini Yusof tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit batu karang dan hanya mengetahui perkara itu apabila dirujuk ke hospital pada pagi Isnin. Sumber Mstar Online
Gambar di bawah ini Budiey ambil semasa bertemu dengan Datuk Yusof Haslam sekeluarga semasa hadir di Rakaman Melodi Raya yang lalu. Semoga Datuk Yusof Haslam cepat sembuh. Sama-sama kita doakan ya.