in

DATUK SITI NURHALIZA DAN DATO’ SERI KHALID MOHD JIWA : TETAMU UNDANGAN PROGRAM SEHATI SEJIWA

DATUK SITI NURHALIZA DAN DATO’ SERI KHALID MOHD JIWA : TETAMU UNDANGAN PROGRAM SIARAN LANGSUNG SEHATI SEJIWA PADA 11 FEBRUARI 2009 DI RTM

Penyatuan hati dua jiwa yang membawa ke alam perkahwinan sememangnya momen manis yang diharap-harapkan dalam sesebuah hubungan cinta. Tidak kiralah pasangan itu dikalangan orang biasa atau sebaliknya pasangan artis popular.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak ketinggalan mahu meraikan dan sekaligus merakamkan detik-detik indah pasangan artis yang bergelar suami isteri menerusi program bual bicara santai, Sehati Sejiwa mengisi slot Degupan, setiap hari Rabu, jam 3.00 petang yang disiarkan secara langsung di TV1 dari Studio IBC, Angkasapuri Kuala Lumpur.
 
Istimewa pada 11 Februari 2009 (Rabu) ini, Sehati Sejiwa menampilkan pasangan suami isteri popular, Datuk Siti Nurhaliza dengan pasangannya Dato’ Seri  Khalid Mohd Jiwa sebagai tetamu undangan yang bakal menyambut ulangtahun ke tiga  usia perkahwinan mereka 21 Ogos tahun ini.

Pastinya Sehati Sejiwa yang menampilkan pelakon muda berbakat, Scha sebagai perantara sepanjang satu jam siarannya bakal menemubual pasangan merpati dua sejoli ini dengan pelbagai topik menarik termasuk pasang surut alam perkahwinan mereka untuk dikongsi sama oleh peminat setia mereka yang mengikuti program siaran langsung ini khas menerusi TV1.

Selain itu, Sehati Sejiwa diserikan dengan pengisian klip video artis jemputan, sesi temu bual berkaitan kehidupan berumah tangga, keistimewaan pasangan masing-masing, aktiviti masa lapang serta kegiatan seni yang dilakukan pasangan tetamu undangan.

Begitu juga sesekali diselang selikan dengan foto-foto zaman bujang dan perkahwinan pasangan tetamu glamour yang di undang ke studio dalam melengkapkan lagi program santai ini.

Malah menariknya menerusi Sehati Sejiwa akan turut diwarnai aktiviti dan kuiz bersama tetamu yang terlibat pada minggu itu.

Begitu pun tidak lengkap rasanya program ini tanpa berkongsi dengan perancangan masa depan dan tips rumah tangga yang sememangnya berguna untuk dikongsi bersama pasangan yang melayari bahtera hidup sebagai suami isteri.

 Sehati Sejiwa diterbitkan oleh Haliza Mat Kharsa, Unit Hiburan TV RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jawapan Trivia: Erra Fazira

XPAX IGNITES RIHANNA LIVE IN KUALA LUMPUR