Usahawan terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida menegaskan dia akan tetap meneruskan tuntutan saman malu terhadap selebriti Azwan Ali. Walaupun Azwan dilaporkan sudah membuat permohonan maaf namun tindakannya itu dilihat tidak menunjukkan sebarang kekesalan.
“Saya akan teruskan saman terhadap Azwan biarpun dia sudah buat permohonan maaf. Kalau anda lihat permohonan maaf itu, dia buat dalam nada tiada kekesalan.
“Bukan saya nak panjang-panjangkan cerita tapi perkara ini telah merobek hati saya apabila dia mempermainkan soal kematian dua anak lelaki saya sebelum ini.
“Saya tak boleh nak hadap perkara ini sebab saya tak boleh nak dapatkan mereka (allahyarham anak) kembali. Sekarang pemergian mengejut mereka dibuat main pula,”
– DSV
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Datuk Seri Vida Saman Malu Terhadap Azwan Ali yang diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya hari ini.
Sementara itu, peguam DSV, Adnan Seman menjelaskan tuntutan saman malu itu bukan bertujuan untuk menuntut wang ringgit sebaliknya ingin membaiki reputasi DSV yang telah dicalarkan oleh Azwan.
“Bagi pihak anak guam, saya akan menfailkan tuntutan saman pada Isnin atau Selasa ini di Mahkamah Shah Alam. Mahkamah yang akan tentukan nilai ganti rugi am bergantung kepada reputasi plaintif (DSV).
“Prinsip saman diteruskan bukan bertujuan untuk dapatkan wang sebaliknya saman untuk dapatkan kembali reputasi anak guam saya yang telah dicalarkan,”
– DSV
Konflik di antara DSV dan Azwan tercetus apabila Azwan memuat naik sebuah video menghina dan mencerca DSV serta anaknya yang sudah meninggal dunia.
Kontroversi itu tercetus gara-gara Azwan dikatakan tidak berpuas hati apabila tidak menerima sebarang bayaran ketika dijemput menghadiri festival makanan yang dianjurkan DSV dan anaknya, Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15.
Pada 11 Februari lalu, Azwan melakukan sidang media membuat permohonan maaf kepada DSV berhubung perkara tersebut.
Sumber: Kopiplanet