Sehubungan itu, Sarimah, 82, memaklumkan, beliau mengamalkan pemakanan berkhasiat dan organik demi mengekalkan kesihatan diri.
Selepas Datuk Sarimah menjalani pembedahan untuk kanser dan dinyatakan sembuh, beliau hanya perlu menjalani rawatan susulan sekali sahaja. Sarimah juga memilih untuk tidak menerima rawatan kimoterapi kerana beliau sudah agak tua.
“Selepas pembedahan dan disahkan pulih daripada kanser, hanya sekali sahaja saya buat rawatan susulan.
– Datuk Sarimah
“Saya juga tidak mahu menjalani rawatan kimoterapi disebabkan faktor usia.
Oleh itu, saya hanya mengambil makanan sihat seperti salad, buah naga, avocado, madu, telur ayam kampung dan kekacang,”
“Rasa sakit itu sudah lama ada dan saya sangka ia hanyalah sakit biasa hinggalah saya jatuh pengsan di bilik air di rumah.
Berkongsi serangan kanser itu, seniwati tersohor itu menjelaskan, awalnya dia mengalami sakit pada bahagian abdomen.