Fazley menegaskan hubungan pasangan itu tiada masalah meskipun baru-baru ini pelbagai cerita panas menimpa pelakon Mawar Rashid terutama isu buka tudung.
“Sebenarnya tak ada pun. Sebab saya memang sangat rapat dengan Raf. Raf bercerita apa saja dengan saya. Kami sangat dapat. Jadi saya tahu tiada masalah pergolakan rumah tangga.
– Datuk Fazley Yaakob
“Yang seronoknya, Raf pun semalam baru balik umrah kan. Saya tanya bagaimana (rumah tangga), dia cakap semua okay. Sebab dia memang jenis sangat ‘open’ dengan saya,”
Berhubung isu Mawar memilih untuk membuka tudung sebelum ini, Fazley akui memang ambil berat mengenai hal terbabit.
Dia juga dimaklumkan keadaan Mawar baik-baik saja meskipun sebelum ini tindakannya itu dibuat kerana berdepan tekanan.
“Itu adalah pilihan peribadinya. Keluarga menanti, melihat, mendoakan yang terbaik untuknya. Sejak isu itu, saya tidak berjumpa dengannya (Mawar). Saya bagi ruanglah.
– Datuk Fazley Yaakob
“Tapi sudah tentulah sebagai abang long, saya orang pertama yang ‘WhatsApp’ dia. Saya nyatakan sentiasa di belakangnya dan yakin dia sudah fikir betul-betul.
Raf kata keadaannya baik-baik saja, alhamdulillah,”
Fazley ketika ditemui di Restoran Suka Sucre miliknya di Hotel Maya Kuala Lumpur.Â