in , ,

Datuk Aznil Nawawi & Nabil Ahmad Hos AIM20

Budiey nak ucapkan tahniah buat pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi yang akan bergandingan dengan pelakon dan pelawak hebat, Ahmad Nabil Ahmad untuk menerajui pentas pengacara dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-20 pada 14 Disember depan di Stadium Putra Bukit Jalil.

Wow, pasti happening. Satu pilihan yang tepat walaupun tidak ada pengacara wanita sebagai penyeri. Itu tak penting Budiey rasakan sebab apa yang penting, kaliber yang ada pada Datuk Aznil pun dah cukup dan yang penting, kedua-dua mereka mampu untuk menghiburkan penonton dengan lawak jenaka mereka. Kalau tak nanti anugerah akan jadi suram, boring dan tak menghiburkan.

Pada tahun ini, AIM dengan tema Meraikan Kemuncak Segalanya dan tema pakaian Elegance Black Tie akan disiarkan bermula pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135). Majlis akan bermula dengan acara Karpet Glamor yang disiarkan pada pukul 8.30 malam kendalian Hefny Sahad dan Dahlia Shazwan.

Sementara itu, antara barisan artis yang akan membuat persembahan adalah Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz, Shila Amzah, Najwa Latif, Spider, Ning Baizura, DJ Fuzz, Waris, Aizat dan kehadiran dua penyanyi Indonesia, Datuk Rossa serta Afgan pasti akan menghiburkan penonton. AIM 20 turut diserikan dengan barisan penyampai antaranya Adi Putera, Nabila Huda, Erra Fazira, Datuk M. Nasir, Amy Search dan ramai lagi.

Sebanyak 17 kategori akan dipertandingkan di AIM 20.

Anda mahu pass menyaksikan AIM20 secara live? Budiey ada 100 pass tiket untuk anda. Jika mahu, sila layari: Peraduan Menangi Pass Anugerah Industri Muzik 20

Aznil-Hj-Nawawi-Nabil-Ahmad-Pengacara-AIM-20-ROTIKAYA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

5 Sebab Mengapa Anda Wajib Tonton Filem Penanggal

Yahoo Launches Style Factor