in

Datuk Aziz Sattar Dan Datin Hasimah Delan Dalam Sehati Sejiwa

PASANGAN ARTIS DATUK AZIZ SATTAR DAN DATIN HASIMAH DELAN TETAMU PROGRAM SIARAN LANGSUNG SEHATI SEJIWA DI RTM

Budiey BlogCuba menampilkan kelainan, minggu ini program Sehati Sejiwa yang memasuki episod tiga musim keduanya menjemput pasangan suami isteri terkenal, Datuk Aziz Sattar dan Datin Hasimah Delan yang melayari rumahtangga mereka pada 16 Disember 2006 lalu.

Program yang mengisi slot Degupan ini menemui penonton pada 22 April 2009 (Rabu), jam 3.00 petang secara langsung di TV1 dari Studio IBC, Angkasapuri Kuala Lumpur.

Pastinya Sehati Sejiwa yang menampilkan pelakon muda berbakat, Scha sebagai perantara sepanjang satu jam siarannya bakal menemubual pasangan merpati dua sejoli ini dengan pelbagai topik menarik termasuk pasang surut alam perkahwinan mereka untuk dikongsi sama oleh peminat setia mereka yang mengikuti program siaran langsung ini khas menerusi TV1.

Sepanjang satu jam bersiaran, Sehati Sejiwa mengimbas sejarah pembabitan seniman yang dilahirkan di Pakalongan, Surabaya, Indonesia pada 8 Ogos 1925 dan mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura ini.

Begitu juga sejarah hidup beliau yang berhijrah ke Singapura pada 1928 Aziz di Tanah Melayu mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon terkenal – Allahyarham Salleh Kamil dan Allahyarham Shariff Dol.

Sedikit latar belakang beliau iaitu mula menjadi pelawak seawal 10 tahun mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji sebanyak RM150.

Pada tahun 1950 beliau pernah menganggotai Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada September 1951 berkerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajak dua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada peringkat awal, dia sekadar bekerja sebagai juru alihsuara. Namun pada 1953, beliau dipelawa berlakon sebagai watak tambahan dalam filem Putus Harapan.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli Kumpulan Panca Sitara terdahulu pernah mendirikan rumahtangga dengan Siti Rumina Ahmad dan Dayang Sofiah sebelum bercerai dan mendirikan rumahtangga yang bahagia kini bersama Datin Hasimah Delan. Beliau telah dikurniakan 7 orang anak iaitu Ruzaiman, Ruzaidah, Ruzainah, Zainuddin, Dahlia, Dalina dan Sandakiah.

Sehati Sejiwa program temubual istimewa khusus untuk tontonan seisi keluarga ini bukan sekadar menampilkan pasangan selebriti bercerita mengenai keindahan dan kemanisan hubungan cinta seterusnya hubungan perkahwinan yang dimeterai mereka malah mereka turut berkongsi saat sukar berdepan dugaan yang dilalui mereka dalam melayari bahtera berumahtangga.

Selain itu, Sehati Sejiwa diserikan dengan pengisian klip video artis jemputan, sesi temu bual berkaitan kehidupan berumah tangga, keistimewaan pasangan masing-masing, aktiviti masa lapang serta kegiatan seni yang dilakukan pasangan tetamu undangan.

Begitu juga sesekali diselang selikan dengan foto-foto zaman bujang dan perkahwinan pasangan tetamu glamour yang di undang ke studio dalam melengkapkan lagi program santai ini. Malah menariknya peminat setia pasangan selebriti undangan yang diundang setiap minggu berpeluang membuat panggilan di studio dan berbual dengan mereka.

Sehati Sejiwa diterbitkan oleh Puan Haliza Mat Kharsa (019 2616311), Unit Hiburan TV RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Setem Lakonan Afdlin Shauki dan Vanidah Imran

SHOUT! AWARDS shoutawards.com.my Anugerah Paling Hip