Datuk Aziz Sattar mengalami masalah sesak nafas dan dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU), Hospital Ampang sejak Sabtu lalu. Budiey telah mendapat SMS jemputan dari Persatuan Seniman di mana Seniman menjemput Budiey untuk turut sama-sama melawat Pak Ajis yang terlantar di Hospital Ampang pada hari ini.
Anaknya, Fandakiah, 44, berkata, Aziz Satar atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Ajis terpaksa dikejarkan ke Hospital Ampang setelah mengadu sesak nafas.
Kenangan Budiey bersama Pak Ajis semasa Pelancaran Bio P. Ramlee tahun lepas.
“Pada mulanya dia mengadu penat, selepas itu nafasnya mula tidak teratur dan kami menghantar ayah ke hospital. Ayah sebelum ini tidak pernah mengalami sebarang penyakit. Setakat ini, keadaannya masih stabil. Namun masih dalam pengawasan pihak hospital. Buat masa ini, dia tidak mahu menerima sebarang pelawat daripada pihak media dan ingin berehat,” katanya lagi.
Berita mengenai keadaan kesihatan beliau diketahui menerusi Presiden Seniman, Zed Zaidi.
Selain berita tentang Aziz Satar, Budiey juga ada menerima berita tentang Osman Kering masih lagi terlantar sakit di Hospital HUKM, Cheras.
Semoga Pak Ajis dan Osman Kering kembali pulih dan sihat.