SATU lagi berita baik dikongsikan oleh selebriti selebriti serba boleh, Alif Satar. Kali ini mengenai Datuk kepada penyanyi Alif Satar iaitu Mohamad Che Noh atau Pak Wan yang sebelum ini mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh kerana positif Covid-19 sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Ia telah kongsi sendiri oleh penyanyi berkenaan dengan memuat naik gambar datuknya yang pulang ke rumah di Instagram miliknya.
“That’s my Pak wan, 91 year old Covid-19 survivor in the car on his way home! ALLAH IS GREAT. ALLAH IS GREAT. ALLAH IS GREAT.
“Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Pak Wan haritu, semoga Allah swt membalas jasa baik anda semua!!â€
Selain Alif dan datuknya yang positif Covid-19, ibu dan bapa serta adik bongsunya juga mengalami nasib yang sama.
Sementara itu, penyanyi dan pengacara berkenaan mengesahkan dia kini masih lagi berada .
Buat masa ini, Alif masih lagi menjalani rawatan di Melaka selepas disahkan positif COVID-19 minggu lalu.
Bagaimanapun, isterinya Sha Dila Hadid dan tiga anak mereka, Alisha Anugerah, 5; Ariana Mecca, 3; dan Muhammad Ali, 1, disahkan negatif COVID-19 selepas membuat ujian saringan pada Isnin.