Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza hari ini telah berkongsi foto wajah terkini anak keduanya iaitu Muhammad Afwa yang kini berusia tiga bulan.
Beliau telah berkongsi wajah anak kesayangannya itu di akaun rasmi Instagramnya.
Kongsinya di bahagian kapsyen, hari ini genap tiga bulan usia anak lelakinya itu.
Tokti menulis kata-kata berupa doa buat Afwa ini sempena doa Arafah pada hari Isnin lalu. Semua antara kita sedia maklum doa di Hari Arafah cukup mustajab dan dimakbulkan Allah.
Di bahagian komen, ramai netizen yang memuji kecomelan Muhammad Afwa termasuklah rakan-rakan selebriti.
Semoga Muhammad Afwa membesar menjadi anak yang soleh dan sihat serta ceria sentiasa.