Selamat datang ke Karnival Marvellous! Cadbury Dairy Milk melancarkan Karnival Unik bersama Dato’ Siti Nurhaliza.
Jenama coklat terkemuka di Malaysia, Cadbury Dairy Milk tetap setia membawa keceriaan seiring dengan pelancaran hebat Karnival Marvellous Creations hari ini bersama-sama bintang penyanyi pujaan tanahair Dato’ Siti Nurhaliza.
Karnival Marvellous, yang membuka tirainya kepada orang ramai pada hari Khamis, 7 Mei lalu akan dibuka sehingga hari Ahad, 10 Mei. Karnival tersebut merangkumi pengalaman Marvellous Creations baharu Cadbury Dairy Milk dan menyemarakkan pengalaman coklat penuh ceria kepada orang ramai.
Di Karnival ini, orang ramai berpeluang mencuba-rasa dan membeli Marvellous Creations sambil menghayati dunia penuh ceria Marvellous Creations menerusi permainan dan persembahan yang amat menyeronokkan – pendek kata suatu pengalaman Karnival yang riang tetapi luar biasa. Karnival Marvellous dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam dan juga bakal menjelajah ke Queensbay Mall di Pulau Pinang dari 28 hingga 31 Mei.
Dato’ Siti membuka acara Karnival dengan suatu persembahan cukup menarik bersama pancaragam bras dan kumpulan penghibur keliling, seterusnya beliau melontar cabaran kepada para peminat bertuah untuk mencuba suatu permainan ‘Break The Mould’, salah satu daripada pelbagai permainan menarik yang ditawarkan di Karnival Marvellous. Begitu ramai pengunjung yang datang ke mall itu bertumpu di sekitar kawasan Karnival Marvellous untuk menyaksikan acara pembukaan dan kemudiannya membanjiri karnival untuk bersukaria. Sepuluh pengunjung pertama karnival juga diberi keistimewaan bergambar bersama Dato’ Siti dan fotonya dicetak di situ juga untuk dibawa pulang.
“Saya betul-betul teruja berada di sini! Sebagai insan periang, Cadbury Dairy Milk mencerminkan imej saya sebagai seorang yang gembira dan bahagia. Bukan main seronok bekerja dengan mereka semasa membuat penggambaran filem iklan TVnya awal tahun ini, dan Karnival Marvellous har ini sangat kena pada masanya untuk berdampingan dengan peminat saya sambil berkongsi detik-detik keriangan!†ujar Dato’ Siti Nurhaliza selepas acara pembukaan.
Kata beliau lagi, “Anda mesti cuba coklat baharu Marvellous Creations ini. Saya suka semua coklat Cadbury Dairy Milk tetapi hari ini saya menemukan kegemaran terbaharu iaitu Jelly Popping Candy!â€
“Cadbury Dairy Milk sangat teruja mempunyai Dato’ Siti di sini untuk membantu berkongsi keriangan dan mengalu-alukan rakyat Malaysia ke Karnival Marvellous. Kini Marvellous Creations sudah pun membawa keasyikan dan kekaguman tentang bagaimana orang ramai menikmati coklat, kerana itu kami ingin menterjemahkan “pesta-dalam-mulut-anda†menjadi pesta yang sebenar. Kami menggalakkan keluarga ramai-ramai datang ke Karnival Marvellous dan mengalami detik-detik penuh keriangan bersama-sama,†sambut Eileen Wee, Pengurus Kategori Coklat, Mondelez Malaysia.
Sejak berada di pasaran pada 1 Mei 2015 yang lalu, Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Malaysia yang tidak sabar-sabar lagi hendak menikmati produk baharu itu. Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations telah mencetuskan keterujaan di peringkat keriangan, suatu kenikmatan makan coklat corak baharu dengan ketulan-ketulan berbentuk luar biasa coklat susu Cadbury Dairy Milk lazat, padat berisi pelbagai perisa dan tekstur luar jangka yang digemari ramai. Setiap gigitan berbeza dan bagaikan suatu pesta di dalam mulut!
Coklat Marvellous Creations tampil dengan dua varian yang menyeronokkan lagi menyelerakan:
Jelly Popping Candy: Jelly, Candy Bits dan Popping Candy disalut dengan coklat susu Cadbury Dairy Milk
Peanut Toffee Cookie: Peanut, Toffee dan Cookie Bits disalut dengan coklat susu Cadbury Dairy Milk
Suatu kenikmatan sejati untuk dikongsi bersama keluarga, kombinasi yang begitu menyelerakan ini Jelly Popping Candy dan Peanut Toffee Cookie akan beredar di seluruh Malaysia dalam saiz 160g (RM8.90 RCP) dan saiz 40g+ (RM2.90 RCP),
Untuk keterangan lanjut mengenai Marvellous Creations dan Karnival Marvellous, para peminat diminta melayari www.facebook.com/CadburyDairyMilk.
Cadbury Dairy Milk Malaysia
Cadbury Dairy Milk berbesar hati menjadi jenama coklat terlaris di Malaysia*. Coklat Cadbury Dairy Milk telah memberi detik-detik riang sejak keping coklat pertama dijual pada tahun 1905 dahulu. Hari ini jenama menjadi pilihan lebih sepertiga isi rumah Malaysia** semua coklat ini dibekalkan dari kilang coklat kami di Shah Alam.
Rangkaian produk yang ditawarkan dalam rangkaian coklat Marvellous Creations termasuk keping 160g (Harga Jualan Disyorkan RM8.90) dan keping 40g (Harga Jualan Disyorkan RM2.90).
Untuk maklumat lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk, layari Cadbury Dairy Milk di Facebook.
*sumber: Nielsen MAT 13 Ogos, nilai jualan. **Kantar Home panel ,13 Ogos
Latar Belakang Mondelez Malaysia Mondelez Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Kraft Foods Malaysia) adalah Favourite Snacking Company negara dan tempat kelahiran jenama-jenama ikonik seperti Oreo, Cadbury Dairy Milk, Tiger Biskuat, Jacob’s, Chipsmore, Choclairs  dan Twisties. Sejak beberapa generasi, jenama-jenama kami diyakini rakyat Malaysia kerana kualiti, keselamatan dan rasa. Dengan lebih 1,600 pekerja dan tiga kilang pembuatan di Shah Alam, Johor Bahru dan Perai, setiap hari kami bekerja untuk Mencipta Detik Lazat Keriangan dengan cara berkongsi jenama makanan snek paling digemari dunia bersama pengguna kami.
Sejak lama dahulu kami dikenali sebagai Kraft Foods – sebuah syarikat yang paling pesat berkembang di dunia. Mulai 1 Julai 2013, kami dikenali dengan nama Mondelēz International.
Mondelez Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat Mondelēz International. Mondelēz International, Inc. (NASDAQ: MDLZ) merupakan sebuah syarikat besar makanan snek global, dengan perolehan hasil tahun 2012 sebanyak $35 bilion.
Mencipta Detik Lazat Keriangan di 165 negara, Mondelēz International adalah peneraju dunia dari segi coklat, biskut, gam, kandi, kopi dan minuman berserbuk, dengan jenama-jenama bernilai billion-dollar seperti coklat Cadbury, Cadbury Dairy Milk dan coklat Milka, kopi Jacobs, LU, biskut Nabisco dan Oreo, minuman berserbuk Tang dan gam Trident. Mondelēz International adalah ahli kerabat Standard and Poor’s 500, NASDAQ 100 dan Dow Jones Sustainability Index.
Layari www.mondelezinternational.com dan www.facebook.com/mondelezinternational.