Pada jam 3 petang tadi (30 Mac 2010), penyanyi No. 1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza telah melancarkan rangkaian kosmetik dan penjagaan kulit SimplySiti di dalam satu majlis meriah bertemakan warna putih kapas – Majlis Pelancaran SimplySiti di Grand Ballroom, Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.
Itulah berkat pengalaman menggunakan banyak produk kecantikan dan berjumpa dengan ramai mekap artis, akhirnya terhasillah SimplySiti. Maka tercapailah impiam Siti Nurhaliza untuk menghasilkan produk kecantikan sendiri. Bukan kerja yang mudah kerana beliau mengambil masa selama 2 tahun untuk buat kajian dengan bantuan AC Nielsen.
Sebenarnya, produk ini bukan sahaja sesuai untuk wanita, tapi untuk lelaki metroseksual pun boleh menggunakannya. Tapi kenalah tahu serasi ke tak dengan kulit muka anda.
Di majlis ini juga ada kejutan untuk Siti Nurhaliza. Dengan usaha suaminya, Datuk Khalid, ulangtahun ke-15 penglibatan Siti Nurhaliza dalam dunia seni telah diraikan.
1 April adalah tanggal yang begitu bersejarah untuk anak jati Kuala Lipis, Pahang ini. Dan sempena dengan itu, Budiey dedikasikan video ini untuk beliau:
Dengan SimplySiti, kini wanita boleh memperolehi jenama yang mereka yakini, yang memahami citarasa kejelitaan dalam kaum wanita… kecantikan secara mudah, menjimatkan masa dan wang kerana harganya sangatlah murah, paling mahal pun dalam RM80 sahaja iaitu krim serum. Selain mencerminkan gaya hidup cara Dato Siti, SimplySiti ini sangat praktikal, di mana bagi Siti dengan adanya produk ini, peminat akan terasa dekat lagi dengan beliau. Yelah, bangun pagi aje sapu krim… mesti selalu Siti dekat di hati para peminat.
Selama 15 tahun mencebur diri dalam bidang hiburan, Siti telah banyak belajar dan menimba pengalaman dari pakar tentang cara penjagaan kulit wanita Asia dan mengaplikasikan make up sesuai dengan kulitnya.
Jadi, apakah formula produk ini?
Teknologi nano, satu teknologi yang sekarang ini disebut-sebut menjadi formula untuk produk SimplySiti. Teknologi Nano yang digunakan adalah partikel bersaiz sangat halus pada kadar 5onm yang didapati dalam semua rangkaian produk ini. Ini bermakna bahan aktif ini lebih cepat diserap ke dalam kulit. Ia berkesan untuk menyembuh, menyuburkan, melembapkan dan melindungi kulit untuk menghasilkan kulit yang lebih licin, halus, sihat dan berseri…mmm pastinya kulit gebu cantik macam Siti. Hehe.
Selain menjadi salah seorang peragawati yang memperaga produk kecantikan & kosmetik, di majlis yang sangat grand ini, Siti telah menunjukkan kemahiran menjadi mak andam dengan memilih seorang wartawan menerusi cabutan bertuah. Dan Budiey nak ucapkan kepada kawan Budiey dari Mstar Online iaitu Azira yang telah bernasib baik. Apa lagi, gementar seluruh badan Azira apabila diminta naik ke pentas. Bukan mudah nak dapatkan peluang macam ni, bila lagi nak merasai wajah disolek dan ditatarias oleh seorang diva paling popular kat Malaysia ni. Kebetulan pula si Azira ni, selalu aje bertemu dengan Siti Nurhaliza untuk menemubual.
Okay kita tengok sebelum dan selepas Azira ni disolek:
Sebelum disolek:
Selepas disolek:
Budiey ingin mengucapkan jutaan tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza atas kejayaan ini.
Betapa sibuknya jadual Siti Nurhaliza hari ini. Setelah selesai majlis pelancaran ini, beliau ke NAR Records untuk merakam sebuah lagu untuk Kempen Kami Prihatin.
Maka terbongkarlah satu rahsia tentang berita gembira yang ingin dikongsikan selama ini kepada masyarakat dan peminat khususnya. Sesuatu yang Siti idamkan – mahu berkongsi rasa gembira untuk berkongsi pengalaman peribadi tentang kecantikan yang dimilikinya.
Dengan tagline ‘Rahsiaku kini milikmu…’, rangkaian kosmetik dan penjagaan kulit wanita itu menampilkan SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age, SimplySiti Acne Solution. Rangkaian kosmetik SimplySiti termasuklah rangkaian Wajah Sempurna, rangkaian mekap mata SimplySiti Mata Bercahaya dan rangkaian mekap bibir SimplySiti For Your Lips Only .
“Saya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencuba produk saya terutama krim Simply 5 yang lebih memudahkan rutin harian. Beberapa kali saya menukar formula untuk menyesuaikan tekstur muka dengan cuaca di Malaysia. Ia memberikan lima elemen penting rawatan muka seperti melembapkan, merawat (mencerah, melawan penuaan atau anti-jerawat), perlindungan UV (SPF 20, PA++), dan bedak asas (cecair) dalam satu langkah. Yang penting, produk-produk saya halal dan boleh memudahkan wanita Islam untuk menunaikan solat.”
Menurutnya, jenama SimplySiti digunakan kerana mencerminkan gaya hidupnya yang praktikal,mudah tapi sentiasa menawan.
Sebagai intro, Dato’ Siti Nurhaliza telah mempersembahkan sebuah lagu tema yang berjudul SimplySiti. Lagu yang sangat istimewa bagi Siti. Lirik lagu SimplySiti ini ditulis oleh Siti Nurhaliza sendiri dan iramanya dibuat oleh Audy Mok. Lagu yang menceritakan segala tentang idaman dan cita-cita Siti untuk berkongsi rahsia dengan peminatnya.
Pengacara Naz Habibur Rahman yang pernah menjadi hos MyStarz LG telah mengendalikan majlis pada petang tadi.
Selain persembahan pembukaan daripada penyanyi popular ini, ada sesi chi chat Siti Nurhaliza bersama hos tentang produk SimplySiti. Dari proses penjenamaan, brainstorming, kajian, mendapatkan label halal dari JAKIM dan sehinggalah produk ini berjaya dihasilkan.
Konsep jenama SimplySiti adalah khusus untuk memberikan wanita masakini pada setiap peringkat usia satu penyelesaian untuk kelihatan menawan dalam masa yang singkat dan pada harga berpatutan.
Produk keluaran SimplySiti Sdn Bhd yang dirumus secara saintifik dan telah terbukti secara klinikal itu telah bekerjasama dengan syarikat penyelidikan estetika kecantikan di Korea menggunakan teknologi nano.
Ini bermaksud bahan aktif dalam produk ini lebih cepat diserap ke dalam kulit untuk menghasilkan kulit yang lebih licin, sihat dan berseri.
Produk SimplySiti boleh didapati di hampir 200 buah kedai Watson seluruh negara termasuk beberapa kiosk yang akan dibuka di JB Sentral, Johor Baru pada April ini.
Okay, jom kita tengok siapa yang hadir… dan yang Budiey sempat jumpa…
Zetty, penerbit ekskutif drama Spa Qistina pun hadir… oo sedara Siti ni.. lupa lak.
Wartawan Melodi, Michelle Wee pun hadir. Serba putih. Penat katanya eh?
Penerbit ekskutif drama Spa Qistina, Zetty pun hadir… ooo lupa, dia kan sedara CT.
Siti juga telah menjemput 3 orang jurusolek yang pernah bekerja dengannya.
Seorang jurusolek wanita cuba untuk mengaplikasikan produk SimplySiti
Dan Zahnita antara model yang menjadi bahan kaji uji… amacam cantik?
Siapa tak kenal dengan jurusolek yang dah hampir 13 tahun bersama Siti, Nurul Shukor. Wah… macho lak Nurul kali nih. Siap coat dan bertali leher.
Siti juga tak lupa untuk menjemput semua insan yang membantu dalam menjayakan projek ini.
Siti juga diraikan. Selamat ulangtahun ke-15 tahun penglibatan Siti sebagai anak seni. Tahniah dari kami juga.