Pada jam 2 petang tadi, Budiey telah menghadiri Majlis Pelancaran Ariani X Creacion By Siti Nurhaliza Fashion Show 2016 yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Sungguh happening event ini kerana acara ini turut dihadiri oleh 100 orang peminat Dato’ Siti Nurhaliza iaitu Sitizoners.
Buat peminat setia Datuk Siti Nurhaliza, anda kini sudah boleh memiliki koleksi pakaian ready to wear, di bawah label Creacion yang merupakan hasil ilham dan kreativiti penyanyi itu sendiri.
Hadir sama Pengarah Pemasaran Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn Bhd, Datin Farah Haryani Muhamad Philip. Menurut bekas pemenang Bintang HMI 1995 ini, koleksi pakaiannya itu direka khusus untuk semua golongan wanita, sama ada berhijab ataupun tidak. Malah, wanita bertubuh gempal juga berpeluang bergaya dengan jenama terbabit apabila ia turut disediakan dalam pelbagai, saiz sehingga XXXL.
Dato’ Siti Nurhaliza Lancar Jenama Pakaian CREACION BY SITI NURHALIZA
Dato’ Siti yang terlibat secara langsung dalam penghasilan koleksi pakaian kasual itu menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap koleksi itu sejak lebih setahun lalu.
Creacion diasaskan oleh penyanyi no.1 negara itu dengan kerjasama Jakel Trading Sdn. Bhd., mengetengahkan koleksi ready to wear yang mensasarkan kepada golongan wanita yang mementingkan gaya dan ketrampilan.
Antara koleksi pakaian yang boleh didapati menerusi jenama Creacion ini ialah blause, jubah, seluar dan skirt panjang dengan harga berpatutan yang ditawarkan oleh pihak pengeluar.
“Mengenai jenama Creacion ini, Siti ciptakan rekaan yang minimal, yang tidak terlalu rumit selain menggunakan warna-warna asas yang menerapkan unsur-unsur etnik dan floral dalam rekaan coraknya.
“Ini merupakan hasil kolaborasi saya dengan pasukan pereka fesyen muda yang sama-sama menterjemahkan rekaan tersebut menjadi ready to wear untuk pengguna di luar sana.
“Saya sendiri akan gayakan koleksi pakaian ready to wear ini sebagai pakaian harian kerana ia memang sangat selesa dan sesuai untuk sebarang acara kasual.”
Sekitar Pelancaran Ariani X CREACION BY SITI NURHALIZA
Koleksi pakaian ready to wear Creacion didatang dalam saiz S sehingga XXXL bagi memberian variasi kepada setiap wanita untuk mencuba sendiri rekaan khas yang diilhamkan penyanyi tersohor negara itu.
Harga produk yang ditawarkan adalah sangat berpatutan bermula dari RM99 dan ke atas dan mampu milik untuk setiap golongan masyarakat.
Bersesuaian dengan filosofi yang dibawa oleh jenama ini, ‘Refleksi Pesona Wanita’, Siti ingin mewujudkan pesona gaya yang kuat, sebuah konsep tampilan dari seorang wanita yang selalu yakin akan kekuatan dirinya.
Jangan lupa dapatkan koleksi Creacion di butiknya yang bertempat di Jakel Mall, Kuala Lumpur untuk merasai sendiri bagaimana rasanya ‘berkongsi’ citarasa fesyen dan gaya persis penyanyi kesayangan ramai itu.