TV3 dan MAGGI® dengan bangganya memperkenalkan satu program pendekatan terbaru dalam aspek sajian yang mewarnai hidup kita. Satu sidang media dan pelancaran program baru di TV3 ini akan diadakan pada minggu ini. Pengacara program ini pun bukan calang-calang orang. Nak tahu, kenalah tonton!
Dari bidang nyanyian kepada pengacaraan.
Memahami betapa pentingnya setiap makanan dan sajian itu kepada setiap rakyat Malaysia dari pelbagai latar-belakang, program “Resipi Nikmat Kehidupan” akan menyentuh tentang nilai dalaman makanan, penyediaannya dan peranannya dalam menjadikan hidup kita lebih menarik, lebih seimbang dan lebih harmoni. “Resipi Nimat Kehidupan” diserikan dengan kehadiran penghibur terkenal Dato’ Khadijah Ibrahim sebagai hos rancangan ini.